. Tips : Penganjuran Event - Gathering
9:30 PM
SALAM SEJAHTERA.
ok. tetiba balik dari gath tadi, TH terasa terpanggil untuk memberika beberapa tips untuk panduan sesiapa yang nak menganjurkan gathering. jum kita tengok tips cara taufiqhelios. ape yang korang kena buat sebelum dan semasa penganjuran sesebuah gathering. tak kira mini or big gath.ini pon TH dok tengok dari gerak kerja ADMIN HEBAT ni.. dia ada praktikkan bebenda ni gak.
sebelum hari kejadian
- pastikan anda mempunyai pembantu, bukan buat dan rancang sorang-sorang. kalau sorang-sorang nanti mula lah pening lah..serabut lah..
- sebelum penganjuran, fikirkan plan kontijensi jikalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku.
- dalam invitation, kalau boleh nyatakan secara detail tempat,acara dan yang berkaitan dengan event anda.
- pilihlah tempat yang agak selesa untuk semua orang. dah kalau tako boleh gak, nak wat cane kan.
- if posibble, tempat gath tuh mestilah diadakan di tempat yang semua mudah nak sampai. bukan semorang ada kereta dan motor ye.
- kalau event anda di tempat yang tak berapa diketahui, if posibble,sediakan lah maps ke..or cemana diorang boleh sampai ke tempat tu.
- if, tempat event anda tu memerlukan sebarang tempahan or pemberitahuan sebelum penggunaannya kepada PBT, sila berbuat demikian.
- sila berbincang sesama penganjur mengenai perjalanan event anda..step by step.
- pastikan venue adalah sesuai dengan setiap aktiviti yang dijalankan. kalau ice beraking, takkan nak buat kat food court yang bising suasananya..kalau nak main bowling,takkan la nak buat dalam kedai makan. got it?
- selain promosi di FB dengan meng-create event dan hebahan di grup, buat la hebahan juga di blog memasing,dan mintak la kawan-kawan yang lain tolong buat hebahan juga. jangan risau. kalau mintak tolong,pasti ada yang menolong. sebab tengok sekarang, tradisi ni dah tak diamalkan.
semasa hari kejadian
- diingatkan kepada penganjur, sila datang lebih awal dari peserta, jangan peserta datang dulu,penganjur tak sampai lagi. terkontang kanting kang peserta hilang arah tuju.
- if posibble, kalau kehadiran ramai gile, buat la pendaftaran dulu. ringkas pon takpe.
- semasa berlangsungnya event, penganjur seharusnya peka dengan keadaan sekeliling,siapa baru sampai.
- penganjur sepatutnya tak “syok sendiri” masa berlangsungnya event.
- pastikan kalau dah lebih dari 10 orang tuh,buat la sesi ice breaking yang official sikit. ini penting sebab yang datang nanti,bukan kumfem semua kenal.
- penganjur seharusnya guide peserta mengenai apa aktiviti seterusnya selepas selesai sesuatu aktiviti. jika ada pergerakan, tetapkan tempat dan masa berkumpul.
- bila dah selesai semua aktiviti, penganjur haruslah mengumumkan bahawa event anda telah berakhir,dan semua boleh bersurai. taklah semua tertanya-tanya event dah habis ke belum.
TH rasa inilah sikit tips yang TH terlintas nk berkongsi dengan semua. kalau ada sebarang penambahan..amat dialukan di ruangan komen. semoga kita semua mendapat manfaat.TH suke join gath..kalau TH nak jadik pencetus susah sikit la.sebab malas nk cater. setakat menolong kawan-kawan boleh la
TH : penganjur kena kreatif! think out of box
17 comments