This Is Not What I Call Mini Gath or Lepaking Event

6:25 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

ini merupakan rangkuman perjalanan mini gath SB yang berlangsung di Times Square hari ini. pertama sekali TH nak betulkan..this is no what I call Mini Gath SB ok! this is BIG GATH of SB.please give a standing ovation to all bloggers yang join dan penganjur! so ohsem! DENGAN KEHADIRAN HAMPIR MENCECAH 50 BLOGGERS!

 

 

majlis bermula pukul 10.30 pagi. tapi TH pergi lewat. sebab..sebab…saje. haha! then sampai kat Ampang Superbowl Times Square, diorang dah start game. takpe.sebab TH pon actually bukan nak pergi main bowling pon. TH nk turun lepak jumpe kawan blogger je. dah habis bowling, segmen kedua is makan. kami semua pakat2 mencari haluan sendiri makan dan tepat pukul 3 semua berkumpul di depan tempat bowl. dan bergerak ke tingkat 9 intuk sesi ice breaking.

 

 

kenapa ice breaking diadakan di tingkat sembilan. sebab tempat tu kosong.takde orang. lagipun tingakt sepuluh punya fudkot dan tempat yang digunakan semasa 1st Big Gath SB haritu..tutup. sangat best sesi ice breaking. siap ada teka teki tuh. TH tak dapat hadiah pon. lalala~ tetiba time meriah dan ice breaking nak sampai ke hujung..tetiba…jeng jeng..

 

 

datang lah konco konco sengal dari pengurusan Times Square. tanya ape kitorang buat kat sini. siap tangkap gambar lagi tu. tah pape. tawu la kami ni bloggers #retis. penganjur jawab la ada sesi ice breaking sikit lepas main boowling renramai. tetibe dia bagi warning. and halau kiotrang sebab takde surat kebenaran dari pengurusan. hello! ape kau ingat kau tuh hebat sangat? takkan lah nak duduk ramai kat situ..jalan yang takde manusia pon nak kena tulis surat bagai. dah..nanti korang sila buat.sape yang nak jejak kaki dalam tu..sila ada pass masuk. boleh? tak guna betol. kalau kitorang buat perhimpunan haram ke..ada buat kecoh ke..halang jalan orang ramai ke..tak pe la jugak..ni tempat kosong. hantu je nak duduk situ. dah la yang halau kami tuh melayu. mcm ni la melayu. ada jawatan sikit..(baru pegawai keselamatan TS je pon) dah berlagak. dengan sesama melayu pon tak boleh nk tolak ansur sikit. padahal dah tinggal nk sampaikan hadiah satu je yang last.tu pon penganjur da request nk buat penyampaian hadiah kejap.tak bagi jugak berlagak betol. patot lah kau tu tak dapat jawatan tinggi. baru macam tu dah belagak nak halau. ape lah lama sangat nak sampaikan satu hadiah sampai kau main halau macam tu..? come on lah.. menurut perintah? chait! pergi kelaut lah dgn menurut perintah kau tu! orang lain menurut perintah gak..tapi still ada budi bicara.

 

dah sikit2 emo.. overall event tadi pada TH sangat berjaya..walaupun ada sedikit kekurangan. tapi tak sampai mencacatkan event. memang puas hati lah turun tadik. so,sape yang tak turun sila jeles! bahaha Smile

 

 

TH : eh..esok dah isnin ye..malasnye..esok kerja dah

30 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *