BUKIT BOTAK HIKING TRAIL

11:43 AM



Korang minat hiking tak? Kita pause kejap entry Indochina, meh nak cerita pasal hiking sikit. Hari minggu haritu, abam dapat la peluang beraktiviti outdoor selepas lama menternak lemak. Tapi abam ni bukan hikers kental yang rajin naik gunung sana tu, apa lagi G7. Paling tinggi pon Bukit Kutu. So kali ni naik bukit je. Bukit Botak.

layur satu gambar dulu

Kalau korang taktaw, Bukit Botak ni terletak di Puncak Alam. Kalau dari mekdi puncak alam tu, Bukit Botak ni dalam 12minit perjalanan dengan kereta je. Macam mana nak cari entrance nak start hike Bukit Botak ni? Senang je, korang just guna google maps, cari je "Hiking Trail Bukit Botak Puncak Alam (Starting Point)" and ikot lah google maps tu. Korang akan sampai bebetul kat entrance Bukit Botak. Landmark, ada rumah takungan air.

Bukit Botak ni trail dia saiko sikit sebab mula mula pon dah mencanak dia naik. Korang nanti akan lalu ikot kawasan ladang kelapa sawit orang, so behave lah dalam tu jangan buang sampah merata rata. Jalan depan sikit, akan jumpa dua simpang, pilih lah nak yang kanan ke yang kiri. Kalau kanan senang sikit and kalau yang kiri tu shorcut, jalan dia agak mencanak. Pilih lah kanan, sebab lagi afdhal! HAHA. after few minutes jalan, korang akan jumpa first puncak untuk Bukit Botak or lebih dikenali sebagai Kem Paet. Kalau yang malas nak jalan, sampai sini pon dah ok. Layan pemandangan, and boleh turun balik.






Kem Paet



Bagi yang rajin, boleh lah teruskan perjalanan ikot trail Bukit Botak ni ke dua lagi kem kat depan tu sebelum sampai di kawasan tandus gersang yang botak. Sebab tu kot panggil Bukit Botak. idk. Next bila korang terus, akan sampai ke Kem Cherakah. Sini biasa je kalau korang nak lepak.


Kem Cherakah



Setel ambil nafas di Kem Cherakah, sebab semput, jalan lagi ikot trail Bukit Botak ni ke Kem Tagar pulak. Kalau korang rajin, bawak lah hammock or fly. Sini memang sedap lepak. Kawasan dia berangin dan best kalau baring walaupon banyak pokok. Boleh terlelap. Memang sesuai nk gantung hammock kat sini sebab banyak pokok dedekat.



Kem Tagar


Dari sini, kalau jalan lagi dalam 10 minit korang akan  sampai ke satu kawasan lapang yang lawa. Nak cakap kuari pon tak macam kuari. Tapi kawasan tu macam botak. Maybe Bukit Botak dapat nama dari ni lah kot.

Dari kawasan lapang tu, ada dua route untu ke puncak sebelah sana. Pilih lah yang mana berkenan. As usual, sebelah kiri curam sikit macam gambar bawah ni and kanan kurang curam tapi abam pilih kiri sebab kanan tu ramai gila beratur. Tak susah pon nak turun since ada tali.






Tapi untuk naik ke puncak sebelah sana korang kena bekerja keras sikit sebab kawasan tu takde tali untuk panjat. Sape yang tak kental tu abam cadangakan tak payah panjat sebab susah sikit and bila nak turun nanti pon mencabar. Abam sendiri pon ketaq teloq nak turun. dari puncak tu.



panjat nak naik ke atas



Keselamatan harus diutamakan, kalau rasa tak boleh jangan dok gagah. Satgi jatuh tak pasal cedera. Tapi bagi yang mampu naik, pemandangan dari atas tu serius cantik dan berbaloi untuk bekerja keras naik ke atas tu.



pemandangan dari puncak



Sape yang terasa nak pergi tu, sila lah pergi tapi please lah jaga kebersihan. Orang kita ni sekarang ni tengah trend la bebenda nak hike ni, tapi tulah, some of us ni bodoh tak reti nak jaga kebersihan. Pergi hiking, tapi sampah tak reti nak simpan, buang merata rata. Please be considerate ok gays.







p/s : Sape nak GPX file utk trail Bukit Botak ni, boleh download di Apps View Ranger. Kat sana abam dah letak. Atau boleh emel je ke abam nnti abam bagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *