. Artis,Bloggers Perlu Prihatin
6:09 PM
SALAM SEJAHTERA.
sume mesti dah tahu kan mengenai kontruversi yang telah ditimbulkan oleh artis kurang popular gambit saifullah dengan penghasilan video yang kurang sesuai untuk tontonan umum. walaupun dikatakan untuk pasaran AMERIKA. akan tetapi, ia membawa imej dan nama negara serta melambangkan budaya rakyatnya.
memetik kenyataan akhbar metro :
KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.
Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.
Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.
sememangnya tak dinafikan pengaruh artis adalah besar terhadap masyarakat masa kini, begitu juga komuniti blogger yang kian meningkat. so, kedua-duanya terikat dengan pelbagai tanggungjawab. dan yang terpenting adalah tanggungjawab moral dan sosial. nape TH cakap camtu? it is because ape yang kita buat,perkatakan, diperhatikan oleh masyarakat. maknanya ape yang kita keluarkan,masyarakat akan tahu. dunia serba canggih,semua sekarang online je.tak online pon media massa pon ada. so,ape yang kita buat tuh,seharusnya janganlah sampai dilebel tidak prihatin terhadapt nilai-niai moral dan sosial. so,takkan nak lepas tangan je kan? at least kalau nak feymes pon, fikirlah tanggunjawab yang digalas. jangan jadik komuniti dan rakyat yang tidak bertanggunjawab. bukan artis aje,termasuk bloggers dan semua yang membaca lah!
lagi respon mengenai isu ini
TH : kalau ada adegan cium baru lucah ke? kalau macam tu terlampau cane pon..takyah cium.tak lucah la kan?
6 comments