Larangan Jualan Makanan Ringan | Indeks BMI Wajib Dicatat
8:28 PM
SALAM SEJAHTERA.
berikutan sebuah kajian yang dijalankan mendapati bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti yang tertinggi di Asia Tenggara. justeru,untuk mengatasi masalah ini dari akar umbi kerjaan mengambil keputusan bahawa Indeks Jisim Badan (BMI) para pelajar sekolah adalah wajib direkod didalam kad laporan prestasi mereka. dengan ini ibu bapa boleh mengetahui adakah anak mereka mengalami obesiti atau tidak dan boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai bagaimana untuk menjaga diet anak mereka.serentak dengan itu, makanan kurang sihat (makanan ringan) akan dilarang penjualannya di kantin-kantin sekolah.
pada pendapat TH, langkah yang diambil kabinet adalah baik dan perlu untuk mencegah masalah obesiti di kalangan rakyat malaysia. bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati. untuk mencegah masalah obesiti di kalangan rakyat, pendedahan seawal sekolah rendah adalah perlu.
TH : lepas ni rakyat malaysia semua slim lah kan? mampu?
4 comments