Krisis Loji Nuklear Jepun | Menyerah Kalah
10:55 AM
SALAM SEJAHTERA.
kalau sebelum ni TH ada menulis mengenai kebocoran radioaktif di Loji Nyklear Fukushima, Jepun, perkembangan terbaru yang TH baca dari Jabatan Penerangan menyatakn bahawa, beberapa sampel aip paip,air laut dan hujan di sekitar Kudat semalam telah diambil oleh Agensi Nuklear Malaysia untuk dianalisa. dan didapati dari beberapa sampel tersebut menunjukkan tiada sebarang pencemaran radioaktif. that’s mean Malaysia selamat dari sebarang kesan radiasi.
selain itu, pihak Negara Jepun yang selama ini memepertahankan untuk menyelamatkan loji nuklear tersebut akhirnya berputus asa berikutan keadaan yang semakin teruk dan memaksa mereka menutup loji berkenaan. berikut petikan kenyataan dari Jabatan Penerangan Malaysia .
Jepun akhirnya mengaku kalah dalam usaha mengekang pencemaran radiasi di empat reaktor nuklear loji Fukushima Daiichi yang rosak dan akan menutup kesemua reaktor berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam. Langkah terakhir, melibatkan proses mencurahkan bertan-tan konkrit untuk menimbus reaktor-reaktor itu. Sekali gus memastikan tiada radiasi yang bocor keluar.
TH : dah tutup. semoga lepas ni semuanya selamat.
6 comments