Pengetua AF9 | Siapakah Antara Mereka Yang Layak?

7:20 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

berikutan teka teki yang masih menjadi tanda tanya siapakah pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) selepas kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Ahmad Dhani yang dulu kononnya telah terpilih menjadi pengetua Akandemi Fantasia 9 (AF9) . beberapa calon telah disenarai pendekkan iaitu :

 

  • Edry Abdul Halim
  • Ahmad Dhani
  • Amy Search
  • Ramli Sarip
  • Faizal Tahir

 

Siapakah antara mereka diatas yang anda rasa calon yang paling sesuai untuk bergelar Pengetua Akademi Fantasia Musim ke 9 (AF9)? kalau ditanya pada TH, pastinya TH akan memilih Edry Abdul Halim, salah seorang anggota KRU sebagai calon yang paling layak untuk menjawat jawatan Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9). ini berikutan sebab yang berikut :

 

  • Walaupun usianya agak muda,tetapi beliau mempunyai pengalaman yang luas bukan hanya dalam bidang musik. KRU juga mempunyai ramai ertis yang bernaung dibawah mereka. kepakaran mereka bukan hanya dalam bidang muzik  tetapi dalam bidang layar perak. buktinya KRU sekarang mempunyai studio dan produksi yang boleh dibanggakan contohnya filem Merong Mahawangsa yang sedang ditayangkan yang khabarnya telah mendapat kutipan melebihi 5juta.
  • Selain itu, sebagaimana yang sedia maklum Akademi Fantasia merupakan rancangan realiti yang bukan hanya menekankan dari aspek muzik tapi juga dari aspek lakonan.

 

 

 

 

Atas sebab-sebab diatas lah, TH rasa Edry yang juga Mentor kepada Iqa di dalam rancangan realiti Mentor 5 kali ini adalah calon yang paling sesuai untuk menerajiu Akademi Fantasia Musim ke 9 pada kali ini.

 

 

TH :  baru je tadi kawan TH dari pihak media call tanya pendapat untuk dimuatkan ke dalam akhbar..so, lebih kurang camtu la jawapan yang TH bagi tadi Smile

11 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *