Program Semarak Bangsawan | PojiePooh

11:16 AM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

entry kali ni TH nak kasik kredit to PojiePooh sebbb dia la inform TH mengenai Program Semarak Bangsawan ni via twitter dia @pojiepooh. and kali nik TH copy paste artikel beliau untuk promo kepada rakan rakan yang lain. Smile

 

 

Buat teman² pembaca yang meminati seni dan kebudayaan pastinya tertanya² kenapa untuk tahun nih tiada sebarang update tentang sebarang teater untuk Program Semarak Bangsawan pada tahun ini. Sekarang penantian sudah berakhir. Ia kini kembali, dengan menampilkan 10 pementasan yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada 2011 ini ia akan dimulakan dengan Bangsawan Siti Zubaidah yang akan berlangsung 18-20 Mac 2011 ini pada pukul 8.30 malam. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah yang dikahwini oleh seorang Raja Muda Zainal Abidin dan sering dicerca dan dikeji kerana bukan berketurunan raja. Malangnya negara baginda diserang dan Raja Muda dijadikan tawanan. Jadi bermulalah pengembaraan Siti Zubaidah dalam menyelamatkan suaminya...

 

 

 

 

 

Pementasan ini dijayakan oleh kumpulan Geliga Sakti Opera dengan dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Raja Azrey, Ani Mayuni, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin, Khaty Azean dan ramai lagi.Tiket berharga RM5 sahaja.
Kemudian program ini akan diteruskan lagi setiap bulan dengan pementasan yang hebat dari kumpulan kebudayaan yang berbeza. Antara pementasan yang sudah dijadualkan adalah;

  1. Tasik Dayang (22-24 April 2011)
  2. Mastika Bumi (20-22 Mei 2011)
  3. Alang Buana (10-12 Jun 2011)
  4. Opera Primadona (15-17 Julai 2011)
  5. Hikayat Malim Deman (23-25 September  2011)
  6. Raja Andak Raja Laksamana (14-16 Oktober  2011)
  7. Kemala Sakti Kesuma Ningrat (28-30 Oktober 2011)
  8. Dan 2 lagi pementasan akan dikemukakan kelak.

Jadi apa lagi, marilah datang beramai² memeriahkan program yang hebat ini, dalam memartabatkan seni budaya warisan kita. Terima kasih kepada Encik Nur Ibrahim Sabri, Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang sudi memberikan informasi tentang program ini. Diharapkan agar dapat bekerjasama lagi dalam memberikan maklumat berkenaan dengan program ini.

 

 

 

TH : so,ape lagi! jum. TH minat teater bangsawan ni. and kalau takde ape keberatan TH akan pegi ahad malam tu

11 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *