.BUANG EMAK PART II
4:07 PMsambung cerita berkenaan entry BUANG EMAK yang lepas.
..ape yang paling mengejut kan is bila pengacara WHI bertanya kepada makcik Desy.
pengacara "makcik,if one day ur son sedar dan insaf,datang mintak maaf..will you forgive him?"
makcik desy "saya akan memaafkan dia..tapi saya tidak akan sesekali menerima dia lagi.ape salah saya sampai dia buat cenggini kat saya? dari kecik saya pelihara dia.sanggup dia buat saya macam ni.9 bulan makcik kandungkan dia.pelihara dia dari kecil"
pengacara "makcik,kalau lah anak makcik tengah tengok show ni skarang,ape yang makcik nak cakap kat dia?"
makcik "makcik just nak cakap,makcik dah tak kesah dengan dia.makcik bahagia kat sini.janganlah dia datang cari makcik balik.makcik tanak jumpe dia dah selepas ape yang dia buat kat makcik.and makcik takkan menangis sebab makcik dah kuat"
gambar hiasan
betapa hancurnya hati seorang ibu terhadap anaknya. kalaulah seorang ibu dah mengeluarkan kata2 kekecewaan macam tu,dimanakah selayaknya tempat seorang anak melainkan dia akan mendapat azab tuhan. walaupun mulut makcik dah kata dia maafkan.tapi hatinya tak! hatinya tetap kecewa sangat..ape lah yang susah sangat kan kalau nak jaga mak seorang. kalau ye pon susah.sabar itu lebih baik.
teringat satu kisah di zaman RASULULLAH. bila nabi bertanya sahabat,"mahukan kamu lihat wajah ahli syurga?" para sahabat menjawab "bahkan ya rasulullah". lalu rasulullah memberi tah rumah dimana pemuda tersebut tinggal. maka sahabat pergi la ke umah itu dan didapati pemuda yang dikatakan itu memelihara dua ekor babi. dan yang lebih pelik,dia menjaga babi itu serapi-rapinya. dipendekkan cerita....lalu rasulullah menerangkan bahawa dua ekor babi tersebut adalah parents kepada pemuda tersebut yang telah bertukar menjadi binatang tersebut.
dan pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini is,walaupun ibu bapa pemuda tersebut menjadi babi,tapi dia tetap menjaga dengan rapi.boleh je dia jaga.dan dia telah dikurniakan ganjaran yang hebat. inikan pulak kalau ibu bapa kita yang normal tak bertukar jadik ape2..takkan susah sangat nak jaga?who knows.
gamba hiasan. credit to www.iLuvislam.com
betullah kata pujangga "seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak..tetapi 10 orang anak tak semestinya mampu memelihara seorang ibu" ...susah sangat ke?hmm...who knows. let us pray that kita tak tergolong dalam golongan durjana dan durhaka kepada orang tua kita.ameen
pssst:
sape tanak kena buang,jangan kawin and jdik mak bapak..haha! mampu?! and kalau kisah pasal pemuda atas tuh ada kesalahan dimana2 dari segi riwayat,tolong tegur saya ok :D
4 comments