. Kelas Bahasa Arab 1 - Dhamir (Kata Ganti)

8:26 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

err..setelah TH pandai2 je cakap bahasa arab dalam SB nu, ada yang mintak TH buat entri mengajar BA ni. TH actually tak tawu mana nak mula and TH bukan la cair sangat dgn BA nih..tapi sebab takmo menghampakan mereka2 yang terlibat,TH cube la ok. kalau salah,yang mana korang nampak tuh tegur la TH ok Smile

 

untuk lesson pertama ni, kita mula dengan yang paling basic ok.meh kita belajar Dhamir  (kata ganti) dalam bahasa arab. dah sedia?

tapi sebelum tuh, kita belajar pasal istilah singular,plural (kalau dalam BI) tapi dalam bahasa arab kita bahagikan kepada 3 iaitu :

 

  1. mufrad (مفرد) = single (menunjukkan seorang ataupun satu)
  2. muthanna (مثنى) = double (menunjukkan dua orang sahaja atau dua sahaja)
  3. jamak (جمع) *jgn baca JIMAK lak oke murid murid = plural (menunjukkan tiga dan lebih)

seterusnya masuk kepada Dhamir (kata ganti nama)

 

  1. hua (هو) = dia (bagi lelaki *mufrad)
  2. huma (هما) = dia (bagi 2 lelaki *muthanna)
  3. hum (هم) = dia (bagi 3 dan lebih lelaki *jamak)
  4. hiya (هي) = dia (bagi seorang perempuan *mufrad)
  5. huma (هما) = dia (bagi 2 perempuan *muthanna) *sama dengan laki
  6. hunna (هن) = dia (bagi 3 dan lebih perempuan *jamak)
  7. anta (أنت) = kamu (lelaki *mufrad)
  8. antuma (أنتما) = kamu (bagi 2 orang lelaki)
  9. antum (أنتم) = kamu (bagi lelaki 3 atau lebih)
  10. anti (أنت) = kamu (bagi perempuan_
  11. antuma (أنتما) = kamu (bagi 2 orang perempuan) *sama dengan laki
  12. antunna (أنتن) = kamu (bagi perempuan 3 atau lebih)
  13. ana (أنا) = saya (bagi lelaki dan perempuan)
  14. nahnu (نحن) = kami (bagi lelaki dan perempuan)

 

okee..TH rasa cukup dulu untuk pengenalan ye anak anak sekalian..uhuk uhuk..terasa cam dah ustaz warga emas lak..next lesson nanti kita jumpe lagi ye Smile

 

TH : kalau ada ape2 pembetulan,bagitawu je okee..sekadar perkongsian pintar Smile

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *