Fenomena Baru?

7:39 PM

"perubahan ke arah kebaikan"... sepatutnya inilah yang kita amat harap-harapkan

Suatu fenomena baru nampaknya telah tercetus di dalam kampus induk tempat penulis studi skarang ni..semua adalah apabila gara-gara PUSAT KEMUDAHAN PELAJAR telah dipindahkan ke PUSAT KOMERSIAL atau dalam kata lain PUSAT KOMERSIAL yang tak berapa komersial itu cuba dijenamakan semula sebagai PUSAT KEMUDAHAN PELAJAR yang baru.fenomena kelengangan kawasan tumpuan utama dalam kampus..yeah!! itulah yang cuba penulis bawakan disini




Pada awal minggu pengkuliahan tetiba penulis berasa takjub kenapakah tetiba kafe kak zie ni penuh dengan pelajar...wahhh..semakin laku manmpaknya.tahniah kak zie!!..haha..bukan la..actually tetiba penulis tersadar...rupa-rupanya kedai-kedai makan berat di PKP telah dipindahkan ke PK a.k.a PKP yang baru tuh... "ouh..patut la ramai umat sini" kata salah seorang sahabat penulis ^^.

Nak dijadikan cerpen, setelah penulis selesai pengkuliahan di DKP 1 harini,penulis meneruskan rutin hariannya merentasi PKP lama untuk ke parking fakultinya..ape yang menariknya,penulis telah ternampak suau fenomena yang tak pernah dilihat sebelum ini di kawasan kampus..penulis telah ternampak soerang makcik sedang menjual nasik bungkus...jeng..jeng..jeng..siapakah makcik itu?? mungkinkah peniaga sambilan yang membawa sejumlah nasik yang dibungkus di dalam bakul untuk dijual kepada student yang kebuluran berikutan susah mendapatkan kenderaan untuk ke PKP baru atau peniaga lama yang telah berpindah ke PKP baru dan jualannya kurang memberahikan justeru beliau mengambil inisiatif berbuat demikian?? penilis beranggapan bahawa itulah makcik peniaga yang telah berpindah ke PKP baru ^^. bagus betol makcik nih...kalu tak,cian la sape yang xde kenderaan tuh..kebulur la diorang. nak harap kat kafe fakulti sedia ada?satu atas bukit,satu tak laku,satu lagi berlaku kebanjiran sampai tak cukup lauk..kesian..student di dalam dilema

Penulis tertanya-tanya, siapakah yang akan mambela nasib para pelajar?adakah fenomena ini akan berterusan..jangan gara-gara perubahan yang dilakukan akan membawa 1001 permasalahan yang ibarat luka menjadi nanah..nanah tuh busuk taw!! wakaka ^^.

*penulisan ini hanyalah suatu renungan serta sebuah perkongsian dan ini adalah realiti sebenar yang kini berlaku di dalam kawasan kampus kita yang terchenta ini supaya ianya boleh difikirkan oleh setiap umat yang terlibat dan ini tidak bermaksud menjatuhkan mana-mana pihak.. GEMBIRA BERSAMA PENULIS....

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *