Himpunan Patriot Negara (HIMPUN) IPTA zon A Lembah Klang
7:45 PMPerkataan HIMPUN adalah akronim daripada Himpunan Patriot Negara. Program ini secara umumnya diwujudkan adalah untuk mencetuskan rasa patriotik terhadap negara di kalangan mahasiswa-mahasiswa. Kepentingan program seumpama ini adalah untuk menyedarkan kepada mahasiswa betapa pentingnya mempunyai rasa cinta untuk negara.HIMPUN kali ini diadakan di KEM BUMI JATI, SHAH ALAM dan ianya hanya melibatkan IPTA zon A bagi kawasan Lembah Klang ; USIM,UKM,UPM,UPNM
Mahasiswa perlulah mengenepikan kepentingan peribadi, kaum dan fahaman sendiri dengan mencipta perpaduan dan kemesraan di kalangan kaum-kaum lain di dalam negara demi memacu negara. Antara slot-slot yang diberi perhatian dalam HIMPUN ialah Slot Evolusi Pembinaan Negara, Sistem Politik Negara, Perlembagaan Negara, Hubungan Etnik, Malaysia Era Globalisasi, Patriotisma dan Ketahanan Nasional dan Tayangan Filem 'HATI MALAYA 1957'
ni la pic sume ahli kumpulan KNIGHTS OF MALAYSIA. really miss them all. yer la..even baru 3 hari kenal but rasa ikatan between us tuh da erat sangat...
hari PERTAMA kami bertolak dari USIM seawal 10 pagi. rombongan USIM merupakan kumpulan terawal yang sampai berbanding tiga lagi IPTA iaitu UKM,UPNM,UPM. itu memberi kelebihan pada kami untuk memilih dorm dan ruang tidur yang selesa. ^^ my 1st perasaan bila tengok tentatif program is its gonna be BORING.huh..what should i do? layankan je la..sape suruh gatal nak datang program ni. prog ram dimulakan dengan ceramah dari TNC UUM,Dato' Faiz (betol tak ea eja nama dia).fuh...sebuah cramah yang agak linear,plain dan membuatkan aku tersengguk dan balik ke dorm dan tidur. tiba masanya untuk DINNER. fuhh...memang feveret gua. siyes makanan kat kem ni shedapp..hari pertama disebabkan kekangan masa pada waktu siang ,kami tidak lagi dibahagikan kumpulan. tapi pada sesi malam kami diberikan kumpulan. sesi ICE BREAKING yang diadakan memang best dan betul-betul memecahkan ais diantara kami semua peserta. selepas kami dibahagikan kumpulan, kami semua dapat seorang FC yang siyes best. PUAN IZA DURA a.k.a MAMA. memang sporting habis la mama kami ni. setelah selesai sesi malam kami pon balik tidur..penat kot ^^.
hari KEDUA dan KETIGA merupakan hari yang best jugaa...paling best dalam sesi PDK ( perbincangan dalam kumpulan ) . memang bercambah betul idea kitorang.macam2 kami debatkan.riuh giler kelas we all. ^^. secara keseluruhannya memang menarik kem ni.sape sangka program camni berjaya mengadakan pengisian slot yang amat-amat menarik. instead of menggunakan pendekatan ceramah yang sememangnya boring,pihak urusetia berjaya membuat anjakan paradigama dengan mengadakan hanya satu sesi ceramah (yang agak bosan) dan selebihnya dengan pengisian PDK.yang paling best dalam program ni is we all sume dapat kawan baru and fiq sendiri teruja sbb dapat kawan baru dari lain-lain IPTA and also dari bangsa lain.tak dilupakan kepada pak mail dan pak husin. slot riadah memang mengeluarkan peluh..haha
me with lee yi han from UPNM
haha..kena buli dengan lee ^^
*********************************************************
i hope persahabatan yang kita jalinkan sepanjang kem ni berkekalan ^^
3 comments