Cuti Cuti Malaysia @TourismMalaysia | Kota A Famosa Melaka

9:07 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

selesai berbuka puasa. TH nak berkongsi sedikit pengalaman mengenai satu tempat bersejarah. kalau korang semua ingat, TH pernah berkongsi mengenai Malacca-Unesco World Heritage Music Festival yang fiq attend masa pegi Melaka ritu. so, selain attend event tu, TH ada lah melawat sekitar Melaka. siries. dah lama tak ronda-ronda Melaka.kalau korang nak pegi Melaka tak tahu tempat mana yang menarik, jum kita lawat Kota A Famosa ni.

 

 

IMG_7474

 

berbalik kepada Kota A Famosa, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. *WIKIPEDIA* .

 

 

IMG_7503

 

 

naik tangga nak ke atas memang agak penat sikit. tapi rasanya tangga batu caves banyak lagi. siries TH naik pon agak mengah la. tahu tak mengah tu ape? mengah tu penat tercungap-cungap. ok paham dah kan? di atas kota A Famosa tu, ada monumen yang didirikan dan banyak info mengenai binaan tersebut. Selain tu, pemandangan dari atas memang saujana mata memandang. so, rugi lah kalau sape yang pergi ke Melaka tapi tak melawat Kota A Famosa ni.

 

 

selain itu, dalam perjalan turun, korang juga akan jumpe satu tanah perkuburan yang dinamakan perkuburan belanda. TH takde info sangat mengenai tempat ni. maybe sini orang belanda yang mati masa perang dulu..ditanam disini kot. yang penting time TH pegi tuh,ada pokok rambutan kat situ berbuah lebat. tapi tak sanggup nak amek. haha.. takot. kat kubur kot. Smile

 

 

 

TH : Ape lagi.. pergilah melancong. Negara kita banyak tempat menarik

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *