Hikayat Merapu
11:50 PM
maka tersebutlah sebuah kisah sejarah pembinaan sebuah negara yang teramatlah hebat yang diterajui oleh Dewa Sakti atas nasihat Mamanda Menteri yang satu. bermulalah sebuak kisah yang hebat apabila Dewa Sakti dan Mamanda Menteri membuka satu kawasan untuk dijadikan singgahsana. berkembanglah sedikit demi sedikit negara itu..semakin hari semakin ramailah pedagang yang datang mendengarkan kesejahteraan dan keamanan negara Dewa Sakti yang tersebut. maka Dewa Sakti tidak melepaskan peluang untuk menarik lebih ramai pedagang dengan mengadakan pelbagai tarikan dan kemudahan. sejahteralah negara milik Dewa Sakti tesebut ditambah dengan kehadiran gundik gundik yang cantik serta halus kulitnya.
syugianya kemahsyuran negara sang Dewa tak dapatlah dinafikan lagi. semua negara jiran menghormati kekuasaan sang Dewa.pelbagai cara dilakukan oleh pengikut,pengunjug serta jiran bersebelahan bagi menganbil hati sang Dewa memandangkan kekuasannya itu. lama kelamaan dengan segala sanjungan dan kemewahan..menjadi alpa lah sang Dewa Sakti dan menjadi lupa lah akan dirinya yang sebenar.
maka pada suatu hari megadaplah utusan dari Jhaipur, sebuah negara kecil ingin meminta bantuan sang Dewa.
Utusan : Hai sang Dewa yang perkasa dengan segala kemahsyuran, Hamba datang denga satu hajat yang besar.
sang Dewa : Apakah hajat mu wahai pacal yang hina? sebutkan sahaja.
Utusan : yang Mulia Puteri dari negara hamba ingin melangsungkan perkahwinan.maka kami rakyat jelata yang hina inginlah mempersembahkan sebuah hadiah yang amat menarik kepada yang Mulia Puteri. hamba dengar hanya sang Dewa mempunyai kepakaran untuk menghasilkannya.
sang Dewa : ahh!!! beraninya tuan hamba meminta beta melakukannya?! siapakah tuan hamba? sedarlah diri..kamu hanya pacal yang hina. tidaklah layak tuan hamba untuk meminta sedemikian rupa dari beta!!
maka pulanglah utusan dari negara Jhaipur dengan hati yang hampa…..bersambung…
TH : ape aku merapu nih.. saje nk jadik peglipurlarak..wakakaka!!
1 comments