TRAVEL 101 ; MENYUSUN ITINERARY
10:16 PM
SALAM SEJAHTERA.
trend travel acah acah bekpekes nampaknya semakin mendapat sambutan dikalangan meleis sebab dari segi kos, adalah sangat jimat. kadang2 dok nampak ramai kat grup acah bekpekes terulung di pesbuk tu yang tanya ;
“hai saya nak ke jepun, boleh cadangakan tak ape yang saya nak buat, nak stay mana and macam mana eh transport masa kat sana, plug berapa pin.”
biasanya saya akan jawab “mohon google dulu, dah betul tak dapat baru tanya balik” . but for the sake of my readers here, jom kita berkongsi macam mana nak setelkan pertanyaan diatas. and kata kunci paling penting is “RAJIN MEMBACA” .
first and foremost, lepas beli tiket (ramai je macam ni beli tiket dulu baru cari info. samalah TH pon haha), kalau nak travel acah acah bekpekes and takmaw pakai travel agent, kita kenalah rajin. tak kira rajin bertanya atau rajin membuat kajian. tapi paling utama buat kajian dulu baru bertanya. ada pulak yang malas biar kawan je buat itinerary, dia tak studi langsung and bila sampai kat destinasi mulut bebel lebih dari perempuan lagi sebab tak selesa. haha! itu contoh je ye. takde kena mengena dengan memana traveler pon ye.
ok mari kita senarai beberapa sumber yang boleh digunakan untuk buat kajian nak ke sesuatu destinasi. ini pengalaman saya je ye
1 – Triposo.
TH suka pakai apps triposo ni sebab dalam ni diorang huraikan tempat tu secara ringkas tapi terperinci. contohnya sejarah tempat tu, masa melawat, ada entrance fee ke idok, macam mana nak sampai sana and attraction nearby. so bila ada maklumat maklumat diatas tu, senang la nak merangka route dan kemana nak pegi lepas melawat tempat tu.
2 – Trover .
Apps trover ni pulak adalah apps yang kawan jauh saya di Amerika yang cadangkan. mesti korang kenal kan Hannah. haha. dia cadangakan apps ni. best jugak. apps ni kita boleh explore tempat tu berdasarkan photo sharing oleh traveler yang lain. korang pon boleh share gambar jugak dalam apps ni.
3 – Lonely Planet.
Lonely Planet pon merupakan salah satu bahan rujukan TH jugak kalau nak travel. tapi tak berapa berkenan sebab buku ni terlalu detail since TH malas nk serabut serabut baca tulisan meleret leret.
4 – Travel Pamphlet.
Selain tu, travel pamphlet jugak adalah cukup berguna untuk korang buat kajian kalau nak pergi ke satu satu destinasi tu. macam mana nak dapat? kalau ada kawan yang suka travel jugak, mesti kadang kadang diorang ada simpan pamphlet tempat yang diorang pegi tu kan? haa mintak lah pinjam kejap. kalau takde pon, google je site tourism destinasi yang korang nak pegi tu.
5 – Website/Google.
ok yang ni paling senang. dari A-Z korang boleh jumpa kalau rajin. bukan setakat mencarut di facebook atau twitter sajew. nak cari info tempat korang nak pegi, cara nak sampai ke sana and nak contoh itinerary pon ada. gugel sajelah!
6 – Interview kawan yang pernah pergi ke destinasi tersebut.
Ini pon salah satu cara nak dapatkan info ke tempat yang kita nak pergi. tapi saya nasihat buat kajian dlu,habis tak dapat barulah start tanya around. hihi
ok now, bila dah ada info tempat nak pegi, baru senang nak susun perjalanan. catat berapa hari anda ada kat sana and start lah susuh itinerary. contohnya kalau ke tokyo, hari pertama nak jalan jalan di ueno, habis jalan di ueno carilah yang berdekatan agar perjalanan anda tersusun dan tak kucar kacir sebab kejap utara, kejap selatan, lama lama sesat barat. haha!
habis susun tempat nak pergi ikot hari, dalam masa yang sama tengok transportation ape yang ada and paling mudah akses serta paling menjimatkan. sebagai contoh, nak gerak di india, sama ada auto atau bas atau tren? seharusnyalah bas dan tren adalah yang paling murah dan menjimatkan. haaa macam tu lah. contoh lagi, kalau anda kejar masa and ada bajet lebih, contohnya, kalau pegi jepun tu naik lah shinkasen sebab laju. tapi mahal lah sikit. kalau tak mengejar masa boleh je naik standart train diorang. lebih murah.
oklah itu je kot petua saya on how nak susun itinerary. sape cakap susah? maaf kalau tak lengkap, saya masih belajar lagi. doakan trip jepun saya selamat pergi selamat pulang ye! nnti kita sembang lagi aite!
1 comments