Kembara Media Jubli Emas Felcra

11:38 AM

 
SALAM SEJAHTERA
 


Kalau bercerita pasal FELCRA mesti ramai tak taw sangat kan? kalau sebut FELDA mesti semua dah tahu sebab felda ni feymes. meh cerita sikit pasal FELCRA.
 
ff
"Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. " sumber ; Wiki FELCRA
 
baca juga : FELCRA FAQ
 
 
Bersempena jubli emas felcra, pihak FELCRA Berhad ada buat satu event konvoi media ke Lumut,Pperak untuk mendedahkan kejayaan FELCRA kepada media. Event ni dipanggil "Kembara Media Jubli Emas Felcra Berhad" dan dalam event ni,  50 kereta telah berkonvoi ke Lumut,Perak. Antara peserta yang terlibat adalah pihak Felcra dari wilayah wilayah lain termasuk Pahang, Terengganu dan lain lain lagi. Kami geng hai blogger!  juga dijemput atas tiket media bersama dengan media arus semasa yang lain.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 09 42 17
 
 
 
 
Hari Pertama, (23/09/2016) kami bertolak seawal 7 pagi dan berkumpul di Restoran Jejantas Sungai Buloh sementara majlis pelancaran berlangsung di sri pentas. Pendaftaran media yang menyertai konvoi ni dibuat di kawasan restoran jejantan sungai buloh. kami diberi pelekat kereta dan duit elaun tol dan minyak dari FELCRA bernilai RM300! satu kereta. wohaa!! thanks FELCRA sebab menjaga kebajikan peserta konvoi.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 09 51 25
 
 
 
Kami bertolak dalam pukol 10.30 dari Sungai Buloh dan exit di Sungkai dan kami berhenti untuk solat jumaat di masjid dekat kawasan Jalan Kampung Teluk Rabiah. sorry TH terlupa nama masjid tu. Habis solat, teruskan perjalanan. rasa lunyai gila dalam kereta. hampir 5 jam perjalanan tak sampai pon lagi.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 13 24 10
 
 
 
Ikot punya ikot kereta leading kat depan, rupanya kami terpisah dengan konvoi dan leader depan pulak tak sure jalan. Sepatutnya sampai di Felcra Lekir, kami terus sampai ke Hotel Swiss Garden iaitu tempat penginapan kami malam nanti. jauh kot sesat! 20 minit perjalan patah balik ke Felcra Lekir.
 
 
 
IMG_1524
 
 
 
Jamuan Desa sempena menyambut Kembara Media Jubli Emas Felcra ni meriah. Makan sedap-sedap orang Felcra Lekir sediakan. Ada deroyan (durian) dan moktan (rambutan) siap! Maka kami geng media makan lah dengan lahapnya. kat sini dapat goodies ikan bilis.
 
 
 
IMG_1429
 
 
 
Sementara makan tu, generasi pertama antaranya Haji Hamzah yang merupakan peserta generasi pertama menyediakan tayangan multimedia dan bercerita macam mana permulaan memugaq (bukak) Felcra ni. Cukup susah katanya. tapi berkat usaha gigih, akhirnya Felcra Lekir ni dah jadi maju.
 
 
 
IMG_1496
 
 
 
 
Setel makan, pihak media yang ada dibawa melawat kawasan kampung menaiki traktor berhias. meriah sangat! Traktor berhias kami disertai oleh salah sorang ketua kampung di Felcra Lekir, Haji Hamzah. sepanjang perjalanan, Pakcik Hamzah bercerita mengenai sejarah sejarah Felcra dan menunjukkan kemajuan yang dicapai penduduk Felcra Lekir. dari tanah terbiar sampai jadi sebuah perkampungan yang super cantik! Hasil usaha peserta dan sokongan dari Felcra. Habis program petang tu, kami sambung berkonvoi ke hotel dan bermalam disana.
 
 
 
 
IMG_1516
 
 
 
 
Untuk slot malam. pihak Felcra telah menyediakan slot khas bagi kami pihak media bersama pengerusi Felcra iaitu Datuk Bung Mokhtar iaitu Networking Dinner bersama Media.
 
 
 
 
IMG_1605
 
 
 
 
Datuk sampai je dia terus suruh semua dinner dulu and lepas tu baru dia bagi ucapan. dalam ucapannya, Datuk Bung meminta pihak media untuk menulis dan memperkenalkan Felcra supaya orang ramai lebih mengenali Felcra.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 20 24 07
 
 
 
 
Nasib baik datuk tak berucap lama dan lepas sesi ucapan dan temu ramah, ada pulak pertandingan karaoke. Alhamdulillah dengan desakan neyra dan rakan blogger yang lain, TH saje je join and tak sangka pulak dapat tempat ketiga. Tak kurang jugak cabutan bertuah malam tu sangat superb. Hadiah paling grand yang ada malam tu is LED tv 43 inch. Telan air liur jelah tengok orang lain dapat. Ingatkan da habis dah felcra buat suprise kat kitorang, rupenya ada lagi. malam tu jugak kitorang dapat kain dari jekel. Alhamdulillah raya tahun depan tak payah beli kain dah. tinggal nak tempah je.
 
 
 
 
Photo 23-09-2016, 23 20 26
 
 
 
Hari kedua (24/9/2016) kami bangun seawal 5 pagi dan checkout dari hotel dan bergerak pukul 6.30 pagi sebab rombongan kami ada program bersarapan ni Pusat Benih Padi Felcra Seberang Perak, Perak. dapat goodies lagi hakhak! Kali ni sebab melawat pusat benih padi, kami semua dapat goodies beras baru. beras fresh! yeah dah ada ikan bilis. dah ada beras. boleh buat nasi lemak dah ni.
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 59 12
 
 
 
 
Kalau korang nak tahu, Pusat Benih Padi Felcra Seberang Perak dah beroperasi dari 1991 lagi. Dengan keluasan 10 ribu hektar, kuota pengeluaran bagi pusat ni dah mencecah 8.8 ribu matrik tan setahun. Pusat Benih Padi ni jugak selain mengeluarkan beras, diorang pon ada keluarkan benih padi untuk para petani. kalau dulu benih padi hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 23 37
 
 
 
 
 
Selain tu, kat sini jugak ada team R&D sendiri dan felcra jugak merupakan pioneer bagi teknologi padi clearfield di malaysia. apa itu padi clearfield? Setahu TH dari bacaan sikit sikit, padi clearfield ni adalah padi kebal racun rumpai yang digunakan bagi membasmi padi angin. So maksudnya peratusan untuk padi angin bercambah biak dan merosakkan padi adalah kurang dengan adanya teknologi clearfield ni.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 22 26
 
 
 
 
Lepas taklimat, kami semua dibawa untuk menyaksikan demonstrasi ELA Gyrocopter yang digunakan untuk proses pembajaan dan meracun. Untuk pengetahuan,Ggyrocopter ni dibeli dari Eropah dan FELCRAjugak merupakan pioneer dalam penggunaan Gyrocopter ni. Dari segi kos, Gyrocopter ni hanya menggunakan minyak RON97 instead of guna kerosin iaitu bahan api kapal terbang yang agak mahal.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 42 18
 
 
 
 
Selain tu, Gyrocopter juga menjimatkan kos dari aspek tenaga kerja dan masa. dalam masa yang sama, FELCRA juga buat demonstrasi Penanaman Padi menggunakan Jentera Tanam (Transplanted) dan Pointed Seeder yang mana penggunaan jentera tanam padi dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan padi yang berkualiti tinggi.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 54 12
 
 
 
 
Lepas habis sesi penerangan dan taklimat , kami dibawa pulak untuk sesi pengenalan dan penerangan Koperasi Peserta Peserta Felcra Seberang Perak di Dataran Koperasi. Goodies time! Dapat goodis barang barang koperasi pulak. Kerepek dan segala makanan sedap semua dapat.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 12 36 04
 
 
 
 
Taklimat disampaikan oleh Pengerusi Koperasi sendiri. Koperasi ini telah ditubuhkan dan didaftarkan semenjak tahun 1986. Pada asalnya koperasi ini dianggotai hanya seramai 315 peserta. dan hanya berbekalkan saham bernilai RM35,000.00. Diceritakan, pada permulaan, modal dikutip hanya berjumlah 10sen dari setiap peserta. Sehingga tahun 2016, bilangan ahli meningkat kepada 1,832 orang dan saham terkumpul adalah sebanyak RM4,211,155.72 manakala nilai urusniaga sehingga tahun kewangan terkini adalah berjumlah hampir RM40 juta. Selain menjalankan aktiviti perniagaan yang biasa, koperasi ini jugak memiliki 300 ekar tanah yang dijadikan sebagai Mini Estet dan mendapat beberapa kontrak teknikal dari kerajaan tempatan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan diatas adalah sumber utama pendapatan koperasi seterusnya menyumbang kepada pengahihan dividen yang tinggi kepada peserta. Pencapaian terkini mereka adalah mendapat pengiktirafan sebagai koperasi terbaik bagi empat tahun berturut turut oleh KKLW.
 
 
Selesai sesi pengenalan, kami dibawa melawat ke perumahan generasi kedua Felcra sebelum ke Pejabat Besar FELCRA Seberang Perak untuk majlis makan tengahari dan penutupan program.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 13 00 20
 
 
 
Dalam ucapan penutupan oleh Pengurus Besar FELCRA, beliau berharap agar pihak media dapat mengwar-warkan mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh felcra dan berharap semoga kawasan pertanian FELCRA di Seberang Perak akan dikekalkan statusnya sebagai kawasan pertanian dan tidak diubah menjadi status kawasan pembagunan. Selain itu, bersempena program kembara media ini jugak, felcra telah melancarkan tagline baru iaitu "PERAK". Tak dilupa. goodies ketujuh jugak ada kat sini. dapat hamper selepas majlis bergambar dan penutup.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 15 02 47 (2)
 
 
 
 
Overall, pengalaman TH bersama felcra selama 2 hari adalah sangat membuka mata mengenai apa itu FELCRA dan kejayaan yang dah diorang kecapi. Orang ramai patut diberi pendedahan yang lebih untuk mengenali FELCRA. Terima kasih felcra dengan semua elaun dan goodies yang amat banyak sepanjang program berlangsung. akhir kata, FELCRA kaya kot!

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *