DEsaru! jangan pergi! #vmy2014
1:24 PM
Salam Sejahtera.
kakaka! jahat tak tajuk entry gua. tapi tulah my first impression about DESARU. kalau yang still tak tahu, DESARU terletak di kota tinggi, johor. and gua rasa kalau tanya orang johor pon, diorang gelak je kalau bagitahunak pegi ke desaru. sebab ape? jum baca!
nak dijadikan cerita, permohonan untuk stay kat bungalow syarikat kawan saya tu diluluskan, so ape lagi sebab dapat penginapan free. pegi ajerlah. kali ni pergi bertiga sebab yang lain tak dapat ikot. perjalana 4 jam ke desar sangat tak berbaloi bila sampai di sana, kawasan DESARU umpama abandoned city. sebab sunyi je. nak cari kedai nak lunch pon susah. lantak lah. tapi on the bright side is pergi sana boleh bercuit dan bersenang lenang dengan kawan kawan. that is the most important thing. so sampai tengah malam. tido la. ape lagi.
so TH ni jenis suke laut, kalau pegi tempat yang dekat dengan laut kena pegi pantai. kalau tak pegi rasa tak lengkap. kahkah! gambar atas tu time kitorang memandi pantai yang tak cantik. tapi mandi gak la. lepas tu main bola pulak. kahkah! padahal tak reti main pon. acah acah je tu. habis penat mandi pantai balik rilek. kitoang punya tak tahu buat ape, gigih drive ke aeon kota tinggi ke tebrau city tah. rasanya tebrau city. dah dekat jb dah. kalau bawak passport time tu memang dah masuk singapore dah. beli barang bbq. alang alang kat bungalow tu ada pool and tempat bbq kan.
daging kambing tu sangat best bila dah dibakar. makan kenyang perut meletop. kahkah! so habis je bbq dah kenyang, nak jadi cerita, kawasan tu terputus bekalan elektrik. gelap bongok! dah la kawasan hutan. kosser lah nak tunggu. so kitorang keluar lepak mekdi kat pekan kota tinggi. takot lah nanti jadi macam dalam movie friday the 13th. kena bunuh dengan orang jahat dalam hutan. hahaha! ok dah. tapi kalau korang tanya..desaru best ke tak..tak payah pergi lah.. banyak tempat lain lagi best.redang..perhentian..lagi best! so next update nnti kita cerita pasal penang pulak ye! bai!
0 comments