INDOCHINA TRIP : CHIANG RAI, CHIANG MAI

12:03 PM



untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :




Selesai episod acah jadi lara croft di Cambodia, abam checkout awal pagi, ambil bas Mekong Express (ekceli bukan bas pon. dia macam van tapi selesa gila seat dia) untuk merentas sempadan masuk ke Thailand pulak. Dari sempadan Cambodia-Thailand, sambung naik van terus ke Bangkok sebab kitorang nak ke Chiang Mai dan terus ke Chiang Rai. 

Punya lah gelabah sebab jalan dalam Bangkok jem teruk, kitorang mintak driver turunkan di stesen tren terdekat dan amek tren terus ke Hua Lamphong Train Station. Disebabkan kami dah book online tiket, kena pegi collect di pejabat authorized travel agency yang provide servis booking tu. Lepas dah collect ticket, proceed ke train station, and naik lah train untuk 13 jam. kitorang memang saje amek tiket overnight dan sleeper class sebab nk jimat kos tidur. Suprisingly, train dia sangat selesa. Sampai di Chiang Mai awal pagi, kami terus ke Chiang Rai dulu by bus sebab takde tren kesana. Perjalanan dari Chiang Mai ke Chiang Rai mengambil masa dalam 3-4 jam.








Antara tempat yang abam sempat melawat sekitar Chiang Rai is ke Wat Rong Khun. Temple serba putih ni memang antasa temple yang terkenal di Chiang Rai. Disebabkan nak jimat, abam ke sini naik bas jugak. Bas local kaler biru. Tambag naik bas ni baru THB20 je. murah kan?





Entrance Fee untuk Wat Rong Khun ni just THB50 je. Wat Rong Khun or dipanggil juga White Temple ni terkenal sebab senibina dia yang eksotik dan keseluruhan temple adalah kaler putih. Kalau korang masuk ke dalam main hall temple ni, tak boleh ambil gambar ye dalam main hall tu. Ape ada lama tu? Salah satu yang ada is painting kat wall mainhall tu lawa. ada kungfu panda, ada pokemon dan banyak lagi. Tapi tulah, sayang sebab tak dibenarkan amebil gambar dalam tu.






Nak balik dari Wat Rong Khun ni, abam takde luck, sebab tunggu bas lama tapi still takde. So, kitorang decide untuk hire tuktuk. Nasib baik la harga dia tak kapak sangat. Selain tu, abam jalan jalan jugak sekitar bandar Chiang Rai ni. Melawat Golden CLock Tower dengan Masjid Darul Aman. Depan masjid ni ada satu kedai makan muslim. harga dia tak mahal pon dan sedap.





Habis melawat Masjid, kitorang jalan lagi tanpa arah. Last sekali jumpa lah satu lagi tempat, Wat Phra Kaew. Dikatakan sini ada emerald buddha dalam tu. Sini free je kalau nk masuk melawat. Mesti ada yang tanya kenapa tak ke Golden Triangle? Jawapannya sajelah malas pergi sebab masa tak mencukupi.





Setel melawat sekitar Chiang Rai dan saty satu malam, kami gerak balik ke Chiang Mai dengan bas. Sampai Chiang Mai dah malam. So we decided jalan jalan cari makan je dekat night market and esoknya baru menjalar sekitar bandar Chiang Mai.

Temple pertama yang kitorang lawat masa kat Chiang Mai ni adalah Wat Lok Moli. Sebabnya, tempat ni dekat gila dengan hostel kitorang. Masuk sini free. Masuk, take picture, keluar. HAHA touch n go konsepnya sebab dah bosan asyik masuk temple je.





Setel Wat Lok Moli, kami jalan lagi cari Wat Chedi Luang. Famous jugak rupanya tempat ni. Entrance Fee untuk Wat ni adalah THB40.






Dalam wat ni, ada satu bagunan dinamakan Inthakin Pillar Vihara. Dipercayai dalam ni ada satu main pillar untuk city Chiang Mai ni dan dalam ni, wanita dilarang masuk sebab dipercayai akan mencemarkan city pillar sebab perempaun kan ada datang haid.





Wat Chedi Luang ni ada satu Giant Pagoda. Memang binaan dia lawa sungguh tapi tak boleh naik mendaki sebab dah teruk dah kondisi dia and diorang nk preserve bagunan tu. So boleh tengok dari bawah je.






Habis melawat tu, kitorang pon jalan lah tanpa tujuan lagi di sekitar Chiang Mai. (ekceli dah lupa dah pegi mana lagi) hahahahah! Kalau korang perasan mat Chiang Mai dan Chiang Rai, abam banyak berjalan kaki je. Bukan tanak amek grab or tuktuk, tapi malas. Sebab takde lah jauh sangat  tempat tempat disana. Selain tu, jimat lah sikit duit kan. Rasanya setakat sini dulu kot Chiang Mai dan Chiang Rai punya entry. Next! Jumpa di entry Bangkok dan Pattaya pulak. Ciao!



untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :


0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *