REVIEW FILEM : AYAT AYAT CINTA 2

2:45 PM



Review Ayat Ayat Cinta 2.








this is my personal view untuk sambungan Ayat Ayat Cinta (AAC) pada tahun 2008. AAC2 pada kali ini keseluruhannya adalah menghampakan. plot yang dibawa agak lemah dan masih dibayangi (mencedok) 70% plot bagi AAC tahun 2008. 

30 minit pertama penonton mesti keliru “ni cerita AAC2 ke AAF? (ayat ayat fahri)” or “ni movie perbandingan agama ke?” sebab pada mulanya filem ini hanya berkisarkan kehidupan fahri yang mahu menjadi hero untuk semua orang disekeliling beliau dan beliau digambarkan sebagai profesor yang sangat hot sampai semua orang dari student sehingga pekerja mini mart nak try dia. 

jalan cerita yang sangat predictable. kalau jumpa orang susah je mesti dia kutip bawak balik rumah. jiran susah je mesti dia sponsor. sampai rumah nenek catrina pon dia sponsor beli balik dari anak nenek (bront palare) yang menjual rumah tanpa pengetahuan nenek. 

rupanya dalam AAC2 ni, isteri dia si Aisya tu went missing bila dia pergi bawak diri ke palestina, join volunteer sebab sedih tak dapat beranak. 

scene paling akwed is masa fahri solat di masjid. tok imam acah acah muka garang sebelum solat. masa solat, silap baca ayat quran, fahri tegur. lepas habis solat, tetiba imam and the geng dengan muka garang datang jumpa macam nak pukul. lepas tu datang main mata kejap pehtu terus peluk fahri lepas dia jelaskan ayat ape imam tu salah baca. deyyyy at first place hang nak marah sampai muka kemain garang tu pasaipa. HAHAH

habis scene tu, tetiba jumpa sorang wanita berjilbab. namanya sabina. dalam kesusahan. last2 sabina pon fahri bawak balik rumah jadi bibik.

little did he know sabina tu adalah aisya sebab masa tu muka aisya buruk sebelah. eh come on lah. bini yang kau gomol tetiap malam tu boleh pulak kau tak kenal. towards the climax cerita ni, aisya kantoi dengan nenek catrina sebab nenek nampak dia bukak purdah dia masa tengah doa. tapi aisya suruh nenek rahsiakan. 

and jalan cerita AAC2 ni sekali lagi dapat diteka bila hulya (sepupu aisha) datang sambung studi di situ. crush dan akhirnya diorang kawen. memang menangis meraung lah aisha tengok. haha padan muka. sape suruh cliche sangat tanak dedah identiti sebab takot fahri tanak kat dia sebab dia dah buruk. 

sekali lagi, jalan cerita yang boleh diteka, fahri ada sponsor jiran yang benci kat dia secara senyap untuk violin lesson dan budak tu dah berjaya gila and dia dapat tahu fahri yang sponsor. datang rumah nak suruh fahri kahwin dia sebab nak balas budi. cliche! hahaha kami satu hall semua gelak gelak.  

hulya mengandung, fahri dapat transfer jadi prof kat oxford. and dalam perjalanan ke oxford, diorang stop isi minyak. tetiba terserempak dengan orang jahat dari AAC masa kat mesir tu. terus berlaku pergelutan. masa tu lah aisha kantoi sebab purdah dia terbukak. orang jahat tu nak bunuh aisha tapi hulya tolong, akhirnya hulya kena tikam. fahri datang bergelut lepas tu orang jahat tu kena tembak. 

ending dia, bayi dalam perut hulya terpaksa dikeluarkan. hulya mati dan aisha survive (jalan cerita sebijik AAC dulu yang second wife sakit then mati) lol! 

paling takleh blah last scene tu diorang buat operation pemindahan wajah. sebab hulya nak anak dia membesar tengok muka dia walaupun dia dah mati. so aisha guna muka hulya. and they live happily ever after. 

saya bagi 1.5 stars. and kalau nak review dalam one word, saya cakap “mengecewakan” bagi AAC2 ni. 

tapi..patut dipuji, sepanjang filem ni, produksi dilihat cuba menerapkan nilai nilai islamis yang sepatutnya ada dalam diri muslim. yang part ni terbaik!

ayat ayat cinta 2008 is still the best!

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *