MAGNIFICENT TERENGGANU ; TASIK KENYIR

1:33 PM


SALAM SEJAHTERA.


Nak bercuti luar negara tapi duit belum cukup? Meh kita tengok tempat percutian yang agak affordable dan dekat. Dalam Malaysia je. Sebuah negei di kawasan Pantai Timur Malaysia, Negeri Terengganu. Kalau korang taktaw, Terengganu ni banyak pulau dan tempat percutian yang cantik such as Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga Tasik Kenyir. so harini meh kita sembang pasal Tasik Kenyir.


Dari pembacaan TH, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. tasik ni terbentuk akibat pembinaan empangan dan nak habaq luasnya Tasik Kenyir ni, dalam kawasan tasik ni terdapat dalam 360 gugusan pulau. BESAQ BAQ HANG!


Macam mana nak sampai sini? kalau dari KL transport paling senang is naik je bas. KL-Kuala Terengganu dan dari KT transfer ke Jeti Gawi. tak susah pon. ada lagi cara lain. naik flight turun KT and naik bas pon ada lagi route lain. yang dok cerita kat atas tu jalan yang TH guna lah ye. dari KT ke Pengkalan Gawi tu tak lama. sejam sajor!



Kami menginap di Petang Island Resort untuk trip kali ni. and dari jeti ni ke PIS tu just dalam 30-40 minit. tapi ikot itinerary, dari jeti, kami dibawa ke farm yang ada disana dulu. mula mula dibawa ke orkid farm. jakun sikit kat sini sebab lama tak tengok orkid and kat sini ada macam macam jenis orkid. dari yang senang berbunga sampai ke yang susah berbunga. orkid liar pon ada. orkind dari negara negara jiran pon ada. bawak mak mak ni kumfem lama kat sini!





habis melawat orkid farm, tetengah panaih lit lit tu, depa bawak kami pi melawat taman rama rama. hat ni dok rasa serupa jauk sikit la. rama rama cantik kemain. hat besaq dan hat manja pon ada.





habis butterfly farm, kami dok pi merenyih kat taman herba pulak. hat taman ni paling best sebab sini ada jalan yang batu batu refleksoligi tu. pulun semua dok bukak kasut jalan dari bawa naik ke atas ikot jalan ni. tengok segala herbs yang ada and last sekali dapat minum tongkat ali, kacip fatimah dengan mahkota dewa.

habis melawat tiga farm ni barulah kami dibawa ke tempat penginapan. and since takde ape dah aktiviti petang tu, kami pakat qada tidoq lah apa lagi. and bagun pon dah petang. sebelum tunggu diner, sempat lah berkayak dan berenang dalam tasik. dok rasa tak puas berenang sebab kena pakai safety jacket. nak bukak brader yang jaga tu tak bagi sebab dia cakap tasik tu memang dalam gila. takot jadi benda tak diingini je.





Malam tu just ada makan makan then tidoq. Esoknya pulak, aktiviti start dalam pukul 9 pagi. destinasi pertama is Jungle Trekking dalam kawasan Taman Negara dan terus ke Kelah Sacntuary. sebelum start trekking tu, singgah ke satupost untuk beli makanan ikan. kejap lagi nak bagi ikan kelah makan.Trekking tu paling best bila lalu jambatan gantung. panjang jugak la.





trekking dalam 40-60 minit, sampai ke Kelah Sanctuary. kat sana ikan kelah banyak gila. dan dilindungi. dan ikan kat situ manja semuanya. masuk dalam ayaq teruih depa mai peluk. haha. bayangkan air takat bulge, bila ikan mai. dia dok berhimpit kat celah tu. geli ah! hahahah.




 
habis sesi di kelah sanctuary, balik lunch di resort sebelum ke air terjun pulak. dah lupa apa nama air terjun tu. tapi cantik lah! ada jambatan gantung jugak kat sini pon.




 
habis mandi apa semua tu dah penat, baliklah berehat di resort. and malamnya lepas dinner ada sesi karaoke. haha standart lah kan kalau dah tadak benda nak buat. lepas cemuih dok karok, malam tu kebetulan langi clear dan banyak bintang, so TH ajak la diorang dok stargazing kat jeti dalam gelap. haaa masa dok amek gambaq dalam gelap ni, masa dok stargazing ni,dok rasa semacam dah. tapi malas nak layan. kejap kejap dok dengaq suara. pehtu kawan sorang tu dok rasa ada benda pegang kaki. haha. tapi kami tak kecoh la. just ajak yang lain balik. and malam tu siap lah depa bilik lain pulak pakat kena kacau. tapikan dalam hutan memang tampat dia. so tak heran sangat bebenda tu. haha. seram kot!



 
esoknya, dah setel semua aktiviti, kami kemas kemas dan checkout. sayang nk tinggal resort ni. cantik.

dari pemerhaian TH, tasik kenyir ni cantik, resort pon cantik tapi tulah takde penyelengaraan yang sepatutnya. banyak fasiliti sendu dan takleh guna. promosi pon kurang. difahamkan oleh pihak PIS, dulu seminggu sekali nak ada customer pon susah. sekarang ada lah jugak every weekend. for me, tempat cantik macamni perlukan lebih perhatian dan promosi. sebab tak nampak sangat pon visitor kat sini. masa kami ada kat sana, itu jelah pelawat yang ada situ. sendu jugak la even tempat ni cantik.



0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *