INDOCHINA TRIP : PHNOM PENH

1:30 PM



untuk entry sebelum ini, boleh klik di bawah :



Alhamdulillah selesai dua city untuk tour indochina merentasi Vietnam, Cambodia dan Thailand. Maybe ada yang tanya, kenapa tiga negara je? ada je yang boleh buat 4-5 negara dalam masa 2 minggu.. Jawapannya is sebab kekangan masa and abam nak enjoy every journey tu. Jenis travel celup kaki boleh la sampi sepuluh negara pon. eh.

Untuk Phnom Penh ni abam memang tak bermalam pon kat sini. Sekadar transit je sebelum gerak ke Siem Reap. Dari mula lagi dah tengok tengok, nothing much boleh buat kat sini. Dari Ho Chi Minh abam naik bas Mekong Express. Perjalanan mengambil masa 6 jam dari Ho Chi Minh ke Phnom Penh. Bertolak pukul 8.30 pagi, dan sampai ke Orussey Market, Phom Penh dalam pukul 2.30 petang. 


Vietnam-Cambodia Immigration Office Border


Kenapa tak ambil night bus? Sebabnya, kawan abam ada bagi nasihat, nak cross border better siang sebab kalau siang mesti sempadan dan pejabat kastam bukak. Kalau malam? dah stuck kena tunggu pejabat bukak. geddit? 

Bas Mekong Express ni direct taw ke Phnom Penh. Tak payah transit tukar bas dah. Korang just kena keluar dari bas sebab nak lalu imigresen dan cop passport keluar dari Vietnam dan masuk ke Cambodia then lepas tu naik bas balik dan diorang akan drop korang kat Orussey Market.


DAH LEPAS SEMPADAN! 

bila diturunkan di Orussey Market tu, sila bersedia lah ye sebab dah ramai driver tuktuk tunggu nak suruh korang naik dengan diorang. Tapi abam masa tu ambil keputusan tanak ambil any tuktuk untuk ke bus office untuk next destination. so kami jalan la dalam 3-4KM. Dengan beg besar tu, kami jalan selama almost 40 minutes nak ke IBIS Bus Office sebab tengah malam abam ambil sleeper bus ke Siem Reap. Actually, sebab nak jimat duit. Sebab tu jalan je and disamping tu, boleh la tengok tengok tempat orang. Sebenarnya abang abang driver dah pelik kenapa kitorang nak jalan jauh macam tu. eh punya suka lah! haha!

Dalam perjalanan tu lalu la Central Market dia kejap. Lalu je tak masuk sebab rasa macam tak perlu lah nak masuk dalam market. Sampai je dekat IBIS Bus punya office, kami mintak tumpang letak luggage and terus keluar jalan jalan sekitar Phnom Penh.


Destinasi pertama is the famous Wat Phnom. dari bus office tu kami menapak je. Wat Phnom ni kalau korang nak tau, adalah Buddha Temple and untuk local, diorang boleh masuk free. Untuk foreigner, korang kena bayar USD1.00.






Dalam kompleks Wat Phnom tu ada satu pagoda yang feymes yang jadi mercu tanda Phnom Penh sendiri. White Stupa atau nama official dia Wat Preah Chedey Borapaut. Kalau korang nak tau, Wat Phnom ni dibina atas bukit buatan. Satu satunya bukit yang ada dalam bandar Phom Penh ni.




Habis jalan jalan dalam Wat Phnom tu, kami menapak melepak kat pinggir sungai Tonle Sap pulak. Nak buat ape kat sini? tengok air lah! haha. Kalau korang ada budget lebih, pegi jelah amek Tonle Sap River Tour. Boat akan bawak korang menyusuri Sungai Tonle Sap. Best ke tak? jangan lah tanya sebab abam lepak je kat situ. Tak naik pon sebab rasa tak menarik pon.




Habis sapkok seround, abam gerak pulak melawat Phnom Penh Night Market. Ada ka makanan halal? Tak perasan pulak sebab abam beli eskrem je kat sana. Rasanya ada lah kot. Tetiba lapaq, gelabah nak cari kedai makan halal. Alhamdulillah jumpa kedai nama The Gulai. Sini depa boleh cakap melayu and tukang masak pon memang orang melayu kita berasal dari Sungai Buloh. Makanan sini sedap, tak tipu.





Lepas tu abam menapak lagi nak pegi ke Independence Monument of Cambodia. Tak la dekat sangat tapi dah alang alang sampai, pi la tengok jugak kan. Monumen ni dibina pada tahun 1958 bersempena Cambodia bebas dari penjajahan Perancis.




Disebabkan dah malam, dah kaki pon dah lembik, so kami jalan la pelan pelan balik ke IBIS Bus punya office. Sebenarnya ada satu dua tempat lagi tempat boleh melawat kat sini. Tapi sebab dah malam, so tempat macam Grand Palace dah tutup. Sempat lalu tengok dari luar je. Smpai kat tempat tunggu bas, ada lah lagi dalam sejam tempoh bertenang sebelum bas sampai, naik bas dan tido. Nak pegi Siem Reap pulak.

Kalau korang tanya, kalau Phnom Penh max lepak berapa hari je, abam nak jawab "hampa lepak sehari semalam dah cukup" sebab tak banyak boleh buat kat sana tetambah Phnom Penh ni kotor. Tak suka sangat. Bak kata brader kedai makan kat sana, "kalau korang suka clubbing dan nak memantat , stay lah lama sikit" haha sebab situ banyak jugak pub. So setel dah setakat ni catatan abam di Phnom Penh. nak baca entry sebelum sebelum ni, klik je bawah ni :



Masalah Rabun Warna? USJ Optometrist Ada Penyelesaiannya

5:55 PM



SALAM SEJAHTERA


Nak dijadikan cerita, semalam abam dijemput ke rumah sorang kawan ni untuk minum petang sambil dia nak bercerita mengenai trip dia ke Ladakh. Masa kami semua tengok tengok gambar tu abam tengok kawan yang sorang ni macam berkerut dahi.


Habis tengok gambar dan bercerita pasal pengalaman travel, kami main lah game UNO and bila start game tu, abam letak lah kad kaler biru. Tetiba dia tanya "tu kaler biru ke hijau?". Abam rasa kawan tu ada masalah Color Blind. Cuba korang yang baca posting ni tengok gambar kat bawah ni, ada tak kaler yang korang macam keliru.






Terlanjur bercerita pasal Color Blind ni, untuk pengetahuan, orang yang ada masalah Color Blind atau Rabun/Buta warna ni kebanyakkan susah nak bezakan warna Biru dan Hijau. Tapi, tak semestinya Color Blind tu terus nampak hitam putih je. Ada 3 jnis Color Blind kalau korang nak tau. Pertama is DEUTERANOPIA yang mana jenis ni diorang akan ada masalah pada warna hijau. Kedua is PROTANOPIA yang mana pesakit jenis ni akan ada masalah pada pengesanan warna merah. Ketiga, TRITANOPIA yang mana mereka ni bermasalah terhadap pengesanan warna biru. Akhir sekali, ACHROMATOPSIA dan yang ni lah pesakit akan nampak hanya warna hitam dan putih sahaja.


source : Google Image. editing wording and combine gambar mestilah abam kan! HAHA


So kalau untuk urusan seharian mesti susah kan? Lagi lagi kalau nak travel. Macam mana nak enjoy kecantikan tempat yang korang pergi tu kan? Bayangkan korang pergi jepun masa autumn, tapi korang ada masalah Color Blind, mestilah frust kan sebab tak dapat menikmati sepenuhnya pemandanganyang cantik tu. Nak pakai cermin mata khas untuk Color Blind? macam susah je and macam tak berapa cantik je.

Sini abam nak bagi cadangan, baru baru ni abam ada dengar yang USJ OPTOMETRIST ada menyediakan servis eye test khas untuk mereka yang ada masalah Color Blind ni. Bukan ada servis test je, diorang pon ada menyediakan khidmat nasihat dan jualan contact lens khas untuk mereka yang ada masalah ni.

So korang boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa. Kalau travel pon takde masalah, pakai dan you're ready to go! mudah kan? Lepas tu pulak, katanya tak banyak kedai optometrist yang ada jual Color Blind Lens ni sebab benda ni very spesifik. Ada masalah lain selain Color Blind? Boleh jugak rujuk kat USJ OPTOMETRIST haaa. takde masalah. 

Kita pon kalau pergi ke optometrist mesti nak yang betol betol boleh attend dengan setiap pertanyaan kita kan? Korang jangan risau, USJ OPTOMETRIST ni memang trusted optometrist untuk kawasan Lembah Klang dan sekitarnya sebab diorang ni memang terkenal dengan servis dan skill yang tiptop! 


Now dah tahu kan kat mana nak cari? Korang boleh rujuk kat bawah ni:


lawat Facebook Page : USJ OPTOMETRIST untuk info lanjut atau korang boleh ke HQ atau Branch. Alamat kat bawah ni :




USJ OPTOMETRIST

HQ : 28, Jalan USJ 10/1E, Taipan, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 8011 9038

Branch : Second Floor, Mediplex SJMC, No.1 Jalan SS12/1A, Subang Jaya
Tel : 03 5611 5589





Indochina Trip : Ho Chi Minh

4:10 PM



SALAM SEJAHTERA.


untuk baca previous entry, klik je MUI NE . sebab trip indochina abam ni mula dari Mui Ne.


so dari Mui Ne, kami ambil sleeper bus ke Ho Chi Minh. Perjalanan mengambil masa 6 jam. so kami bertolak around 12.30 tengah malam and sampai ke Ho Chi Minh dalam awal pagi. Sampai sana, ape pon tak bukak lagi sebab masih awal pagi. dekat sini abam stay di Saigon Friends Hostel. Dekat Ho Chi Minh ni abam stay satu hari satu malam je. sebab most benda buat kat sini shopping, and abam takde plan nak pegi po Cu Chi Tunnel tu.

setel tinggal bag dekat hostel, terus pegi cari sarapan sebab lapaq baq hang. dedekat hostel abam stay tu, ada satu kedai sarapan local. tengok punya tengok menu, ada la satu makanan yang boleh makan tanpa was-was. nama dia Banh Mi. sorry gambar takde sebab gambar dalam phone dah hilang. terdelete. sedih kan? haha. Banh Mi ni one of famous breakfast dikalangan local. so kitorang request yang ada telur je. basically Banh Mi yang kitorang order ni just terdiri dari baguette letak sayur, mayo, sos pedas and telur.






Morning rush kat Ho Chi Minh ni sangat real. kereta tak banyak tapi motor dia banyak gila. memang rapat habis! setel sarapan, disebabkan kedekut duit, abam jalan kaki je nak pegi every attraction. Destinasi pertama is Notre-Dame Catedhral of Saigon. Seni bina bagunan ni ada lah sikit sikit macam Notre-Dame kat Paris sana tu. masa abam pergi haritu, tempat ni tutup sebab tengah renovate.





Habis meronda ambil gambar disitu, abam terus jalan lagi ke Saigon Central Post Office. Pejabat pos pon depa boleh buat jadi salah satu tempat pelancongan kan kat sini. tapi tulah, memang lawa senibina pejabat pos ni. and dalam ni pon banyak benda korang boleh beli. stem untuk kenangan and souvenir. Actually, post office dengan notre-dame ni tak jauh pon. bertentangan je pon.





next habis dalam post office tu, kitorang sambung jalan pegi melawat ke Reunification Palace. Tempat ni dikenali jugak dengan Independence Palace. Sini abam tak masuk pon. ambil gambar dari luar je sebab rasa tak berbaloi nak masuk. Tapi kalau sape suka, masuk jelah. Entrance fee untuk tempat ni adalah 50.000 VND untuk adult and 30.000 VND untuk kanak kanak.


Habis acah acah ambil gambar depan palace tu, kami patah balik jalan ke satu tempat paling feymes dikalangan rakyat malaysia. CHAO BEN THANH or BEN THANH MARKET. Sini selalunya kalau datang HCM, memang pasar ni akan jadi tumpuan. Orang cakap murah dalam ni. tapi tulah. maybe abam bukan kaki shopping. So tak beli ape sangat kecuali kopi.


Masuk dalam sana memang banyak gila barang. dari makanan ke pakaian sampailah kelengkapan dapur serta rumah. macam macam ada. Tips nak beli kat sini, korang kena pandai bargain. Jangan main layan je berapa harga yang diorang bagi. Cuba bargain sikit dan kenalah rajin survey dekat kedai lain jugak. Barulah puas hati shopping dalam sini.



Lepas tu pulak, selain dari tempat kat atas tu, kalau korang rajin berjalan, pergi la lepak dekat area Ho Chi Minh Statue tu. Dedekat situ area Saigon Walking Streen tu, ada lah satu bagunan apartment diorang dah tukar jadi cafe. nama tempat tu The Cafe Apartment. 

Rasanua itu jelah yang abam sempat cover di HCM sebab memang satu malam je singgah HCM. nak gerak ke Phnom Penh pulak nanti. Untuk ape yang korang boleh buat di Phnom Penh, korang kenalah tunggu next entry pulak ye! Untuk previous entry, boleh klik bawah sini.





Indochina Trip : Mui Ne, Vietnam

11:53 AM



SALAM SEJAHTERA


alhamdulillah trip indochina abam dah berakhir dekat sebulan dah. baru sekarang ada kesempatan nak menulis. hah alasan sangat padahal malas nak menaip kan. untuk trip kali ni, abam memilih nak merentas indochina. tapi tak sepenuhnya indochina lah. merentas tiga negara dan menyinggah di beberapa tempat, trip kali ni ambil masa dua minggu untuk complete. 

trip kali ni abam ada buat kelainan sikit. dari Malaysia (KLIA2) abam terbang ke Vietnam (Saigon) dan pulang ke Malaysia ikot jalan darat. 

terbang dari Malaysia, sampai ke Saigon, kami ambil bas ke Ho Chi Minh City. bas hijau harga dia just 20,000 VND je (kalau tak silap sebab dah lupa) dan kat sini ada satu kejadian yang buat abam malu mengaku sebagai rakyat malaysia. ada lah satu kumpulan perempuan melayu bertudung, naik bas tu pon nak haggle harga tiket bas. sampai tukang kutip duit tu nak campak lagej diorang ke luar bas. come on lah. harga dah fix kot. lagipon kalau tukar 20,000 VND tu baru berapa ringgit sanagt pon lahai. Naik bas tu, kami mintak diorang turunkan kat Ben Thanh Market sebab kitorang nak terus cari bas ke Mui Ne. sampai di HCM, maka bermula lah episod meraba kami sebab taktaw nak cari bas kat mana. tawakkal meredah je ni. Jalan punya jalan keluar masuk Ben Thanh Market pon tak jumpa. tanya local, diorang bagi direction ke stesen bas. 

On the way ke stesen bas tu tetiba ada sorang uncle ni baik semacam nak guide kitorang sampai ke stesen bus. tapi abam dah rasa lain semacam dah ni. last ayat dia :"free je takyah bayar. just tulis dalam buku saya ni je pasal saya tolong. saje nak buat kenangan" and ada nampak tourist dari jauh buat mimikmuka supaya tak layan uncle tu then terus la kitorang blah dan cakap kat dia tanak pertolongan dia. turns out rupanya ni taktik scam. sebab rupanya bila kawan abam post kat facebook masa kitorang lepak lunch, ada malaysian jugak kena benda ni. dari 5,000 VND, dia mintak sampai 200,000 VND. gila ah. 



staff Panda Travel yang banyak tolong kitorang. siap tunjuk jalan ke hostel lagi. 



untuk pengetahuan, kalau dari HCM korang nak ke Mui Ne, kalau nak senang, cari je mana mana travel agent punya office, tanya bas ke Mui Ne ada ke tak. selalunya mesti ada. macam abam haritu, bila jalan, jumpa stesen bas, tanya la tiket ke Mui Ne, diorang suruh ke travel agent yang ada dedekat sana. Bas yang kitorang beli tiket tu is sleeper bus. sebab perjalanan HCM ke Mui Ne mengambil masa 6 jam. bertolak around 2PM dan kitorang sampai sana dalam around 8PM. 




Sleeper Bus to Mui Ne. Ada katil double decker baq hang!



ekceli alang alang beli tiket bus return dengan travel agent tu, abam amek sekali pakej ke Sand Dunes untuk sunset. harga kalau tak silap around 23USD je untuk tiket return HCM-MN-HCM and sekali sand dunes sunset tour termasuk transportation (jeep) and tour guide (tak termasuk entrance fee).

sampai di Mui Ne dah malam. so nothing much la boleh buat melainkan keluar pergi cari dinner. and since Mui Ne susah sikit cari makanan halal, abam tawakkal je makan akt satu kedai ni, kabor ke dia yang takleh makan daging except sayur dengan seafood je. oh btw penginapan kitorang satu malam kat Mui Ne tu, dalam RM50 je untuk satu bilik besar. murah gila! sape nak taw, PM tepi lah ye ahahah.


Keesokan harinya tour start around 2PM. ambil peluang bangun lambat la sebab penat meraba dari HCM ke Mui Ne. Disebabkan ada yang mengidam nak makan vietnam spring roll, so kami jalan jalan kat kedai pegi cari la kejap. ada lah jumpa satu kedai murah ni. sedap pon sedap. authentic Vietnamese spring roll.







Tepat pukul 2, pak supir datang jemput depan guest house. and tempat first bawak is ke Fairy Stream. sini entrance fee dia is 5,000 VND. 






ada ape kat Fairy Stream ni? to be honest, takde ape sangat. kalau korang cheapskate, xyah la masuk sini. melainkan tour guide bagi masa lama nak explore. masa abam pegi haritu, dengan hujan lepas tu tak sempat pegi ke air terjun sebab masa tour guide tu bagi kejap sangat. tapi sempat la meredah sungai kecik tu dengan tetiba datang air deras tu and snap few gambar.






setel Fairy Stream, pak supir bawak pulak kami singgah kat fishing village. taktaw la memang macam tu ke ape tapi tempat tu busuk yang amat. busuk bangkai ikan kot rasanya. tapi atleast boleh la tengok vietnam punya tradisional round boat tu.





memang tak tahan bau dia kat sini. tapi act cool jelah kan. haha. habis singgah sini. pak supir bawak ke White Sand Dune. kat sini pon ada entrance fee. kalau tak silap dalam 15,000 VND. masa pergi kat sana tu, cuaca tak berapa baik. baru lepas hujan renyai renyai. so dia punya pasir takde la cantik mana pon. tapi enjoy la jugak sebab tak pernah pegi main padang pasir selain kat Klebang tu kan





Kalau korang banyak duit, boleh la sewa ATV kat sini. boleh main main kat situ. dalam 50,000 VND je. tapi since kitorang just tukar RM200 je duit untuk HCM and Mui Ne, so berjimat cermat jelah. who needs ATV kalau jalan atas pasir pon best.





habis main pasir putih, ka supir bawak kami main kat Red Sand Dune pulak and stay situ sampai sunset. masa ni dah tak berapa nak larat pon. so jalan jalan sikit, then tengok orang je main. kat sini kalau sape yang nak, boleh sewa macam slide tu and boleh la main luncur kat pasir dari puncak ke bawah. untuk Red Sand Dune ni takde sebarang entrance fee sebab benda ni tepi jalan je.




ramai orang jugak la yang datang sini and arond 7PM tu kitorang dah gerak balik sebab dah sunset. tapi korang jangan la expect sunset tu macam tepi pantai. tepi pantai tu cantik lagi. haha





and the rest of the night kitorang just mereput menumpang kasih kat lobi guest house dengan restaurant depan tu. sebabnya bas balik ke HCM adalah tengah malam. setel cerita kat Mui Ne. ekceli banyak je lagi benda boleh buat kat sana tapi kitorang pergi Mui Ne sebab nak ke Sand Dunes aje. ok jumpa lagi ye dalam entry next. nak cerita pasal HCM pulak next. bye!


Exploring MinNature Park

6:55 PM

Salam Sejahtera

Korang minat miniature tak? taw tak ape miniature tu? kalau dalam bahasa mudahnya, miniature ni adalah objek yang diambil inspirasi dari objek sebenar dan dijadikan ke skala kecil. So mai nak cerita kat korang kat mana korang boleh layan benda ni.

Untuk peminat miniature, korang boleh melawat ke MinNature Park yang terletak di Level 4 Summit USJ Shopping Complex, Subang Jaya. Kalau korang nak tahu, MinNature Park ni sangat best dan berkeluasan 17,000 kaki persegi. LUAS KAN?!

Dibuka pada akhir tahun 2016, Minnature Park ni dah terima kunjungan orang ramai. Bukan local je yang datang tapi tourist pon ramai yang datang taw. Cakap banyak pon tak guna kan, jom tengok segala gambar yang abam ada ambil masa lawatan ke Minnature Park ni. 

Kalau korang tak sure ape tu miniature jangan risau, masuk je tempat ni, sebelum sampai ke pameran, ada board yang menerangkan ape itu miniature.









Untuk park ni, korang akan lalui mengikut zon. start dari scene kampung sampai lah scene yang bertemakan industrial. Peminat photography jugak for sure abam boleh jamin akan suka tempat ni. banyak subjek korang boleh nak ambil gambar.









Apa yang uniknya kat scene yang berlatarbelakangkan kampung ni, abam diberitahu, kedudukan mimbar masjid tu adalaha mengikut arah kiblat masjig yang sebenar. Menarik kan? macam tak sangka effort diorang sampai macam tu sekali sebab nak buat macam kampung yang real.







Next! pekan seakan akan Cameroon Highland pon ada.


Ni yang macam kat Melaka tu


Habis scene kampung, pemandangan cantik, pengunjung akan jumpa pulak industrial themed scene. Ada ladang kelapa sawit, ada kilang pelabuhan pon ada.














Selain itu, korang sambil jalan jalan amek gambar, korang boleh cari special character jugak. Kalau korang pandai cari, jumpa lah. Ada banyak jugak la. tak caya? meh tengok few character yang abam jumpa.



Kungfu Panda pon ada!

Dinasour dalam Jurassic


Mickey and Shrek


ni abam lupa nama dia. haha!



watak X-Men!


teheee..dia nak buat apetu



Avangers pon ada okay!



Selain watak yang ada tu, banyak lagi, ada minions, watak star wars pon ada. korang kena pandai cari je. ada apa lagi dalam tu? selain yang abam dah tunjukkan kat atas, bagunan bagunan ikonik sekitar Kuala Lumpur pon diorang ada buat. pada skala yang agak besar ye. meh abam belanja gambar.




Masjid Negara



Jalan Sultan Abdul Samad



the iconic Dataran Merdeka



Muzium Negara 



Menara Kuala Lumpur and Maybank HQ (Menara Maybank)



Bagunan Parlimen

oh sebelum lupa, owner cerita kat abam, kat sini doiorang takde masalah pon kalau pengunjung nak pegang miniature tu tapi jangan la sampai rosak. beware, dalam ni ada kamera merata rata. haha! buktinya? tengok la gegambar yang abam amek. semua close up.



















so ape lagi boleh buat kat sini? kalau korang nk buat treasure hunt dalam ni pon boleh. yelah, macam yang abam buat tu, cari karakter special yang diletakkan dalam tu. tapi kalau tak puas beraktivitas korang boleh add on aktiviti. ada bengkel buat miniature. jangan risau. diorang akan ajar.



contoh yang korang boleh buat








Berapa harga masuk? meh la tengok bawah ni. Jangan risau, tempat ohsem tapi harga diorang tak caj mahal pon. tak percaya?


Opening Hours:
10:00am to 10:00pm daily
(including School and Public Holidays)

Tickets & Packages
Adults – RM28.00
Child (Age 4-12) – RM15.00
Senior (Above Age 60) – RM15.00
Free entry for child below age 4 and for OKU pass holder. Child below age 4 and OKU pass holder must be accompanied by a full paying parent or guardian.


tapi kan, kalau korang nak masuk dengan lagi murah, korang boleh baca caranya kat Page Blog abam. klik je. ada buat kontes sikit untuk pembaca yang bertuah.





MAGNIFICENT TERENGGANU ; TASIK KENYIR

1:33 PM


SALAM SEJAHTERA.


Nak bercuti luar negara tapi duit belum cukup? Meh kita tengok tempat percutian yang agak affordable dan dekat. Dalam Malaysia je. Sebuah negei di kawasan Pantai Timur Malaysia, Negeri Terengganu. Kalau korang taktaw, Terengganu ni banyak pulau dan tempat percutian yang cantik such as Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga Tasik Kenyir. so harini meh kita sembang pasal Tasik Kenyir.


Dari pembacaan TH, Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. tasik ni terbentuk akibat pembinaan empangan dan nak habaq luasnya Tasik Kenyir ni, dalam kawasan tasik ni terdapat dalam 360 gugusan pulau. BESAQ BAQ HANG!


Macam mana nak sampai sini? kalau dari KL transport paling senang is naik je bas. KL-Kuala Terengganu dan dari KT transfer ke Jeti Gawi. tak susah pon. ada lagi cara lain. naik flight turun KT and naik bas pon ada lagi route lain. yang dok cerita kat atas tu jalan yang TH guna lah ye. dari KT ke Pengkalan Gawi tu tak lama. sejam sajor!



Kami menginap di Petang Island Resort untuk trip kali ni. and dari jeti ni ke PIS tu just dalam 30-40 minit. tapi ikot itinerary, dari jeti, kami dibawa ke farm yang ada disana dulu. mula mula dibawa ke orkid farm. jakun sikit kat sini sebab lama tak tengok orkid and kat sini ada macam macam jenis orkid. dari yang senang berbunga sampai ke yang susah berbunga. orkid liar pon ada. orkind dari negara negara jiran pon ada. bawak mak mak ni kumfem lama kat sini!





habis melawat orkid farm, tetengah panaih lit lit tu, depa bawak kami pi melawat taman rama rama. hat ni dok rasa serupa jauk sikit la. rama rama cantik kemain. hat besaq dan hat manja pon ada.





habis butterfly farm, kami dok pi merenyih kat taman herba pulak. hat taman ni paling best sebab sini ada jalan yang batu batu refleksoligi tu. pulun semua dok bukak kasut jalan dari bawa naik ke atas ikot jalan ni. tengok segala herbs yang ada and last sekali dapat minum tongkat ali, kacip fatimah dengan mahkota dewa.

habis melawat tiga farm ni barulah kami dibawa ke tempat penginapan. and since takde ape dah aktiviti petang tu, kami pakat qada tidoq lah apa lagi. and bagun pon dah petang. sebelum tunggu diner, sempat lah berkayak dan berenang dalam tasik. dok rasa tak puas berenang sebab kena pakai safety jacket. nak bukak brader yang jaga tu tak bagi sebab dia cakap tasik tu memang dalam gila. takot jadi benda tak diingini je.





Malam tu just ada makan makan then tidoq. Esoknya pulak, aktiviti start dalam pukul 9 pagi. destinasi pertama is Jungle Trekking dalam kawasan Taman Negara dan terus ke Kelah Sacntuary. sebelum start trekking tu, singgah ke satupost untuk beli makanan ikan. kejap lagi nak bagi ikan kelah makan.Trekking tu paling best bila lalu jambatan gantung. panjang jugak la.





trekking dalam 40-60 minit, sampai ke Kelah Sanctuary. kat sana ikan kelah banyak gila. dan dilindungi. dan ikan kat situ manja semuanya. masuk dalam ayaq teruih depa mai peluk. haha. bayangkan air takat bulge, bila ikan mai. dia dok berhimpit kat celah tu. geli ah! hahahah.




 
habis sesi di kelah sanctuary, balik lunch di resort sebelum ke air terjun pulak. dah lupa apa nama air terjun tu. tapi cantik lah! ada jambatan gantung jugak kat sini pon.




 
habis mandi apa semua tu dah penat, baliklah berehat di resort. and malamnya lepas dinner ada sesi karaoke. haha standart lah kan kalau dah tadak benda nak buat. lepas cemuih dok karok, malam tu kebetulan langi clear dan banyak bintang, so TH ajak la diorang dok stargazing kat jeti dalam gelap. haaa masa dok amek gambaq dalam gelap ni, masa dok stargazing ni,dok rasa semacam dah. tapi malas nak layan. kejap kejap dok dengaq suara. pehtu kawan sorang tu dok rasa ada benda pegang kaki. haha. tapi kami tak kecoh la. just ajak yang lain balik. and malam tu siap lah depa bilik lain pulak pakat kena kacau. tapikan dalam hutan memang tampat dia. so tak heran sangat bebenda tu. haha. seram kot!



 
esoknya, dah setel semua aktiviti, kami kemas kemas dan checkout. sayang nk tinggal resort ni. cantik.

dari pemerhaian TH, tasik kenyir ni cantik, resort pon cantik tapi tulah takde penyelengaraan yang sepatutnya. banyak fasiliti sendu dan takleh guna. promosi pon kurang. difahamkan oleh pihak PIS, dulu seminggu sekali nak ada customer pon susah. sekarang ada lah jugak every weekend. for me, tempat cantik macamni perlukan lebih perhatian dan promosi. sebab tak nampak sangat pon visitor kat sini. masa kami ada kat sana, itu jelah pelawat yang ada situ. sendu jugak la even tempat ni cantik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *