MEDAN TRIP, INDONESIA

5:17 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA

 

alhamdulillah masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk terus mengembara. trip bagi tahun 2015 ni dimulakan dengan negara jiran. trip bulan januari tapi june baru ank update. lambatnya kan.

 

dijadikan cerita, air asia buat promo. so ape lagi. memang kaki travel dengan tiket promo je ni. buat ape bayar lebih kalau boleh dapat promo punya kan? bila dah decide nak pergi tu, maka bermula lah cari info, cari hotel, route, tempat ape yang nak pergi. buat lah homework sikit. tanya kawan kawan yang dah pergi, kawan kawan kat BBM dan bacaan sendiri. pandai nak pegi berjalan tapi tak pandai cari info sila pegi mereput dalam bilik tu tak payah pergi memana okay.

 

Presentation1

 

 

orang ramai cerita tak payah amek supir pon takpe. so tetiba rasa nak try buat. tapi bila research punya research, dari airport ke bandar medan pon dah jauh, lagi pulak nak ke lake toba tu, siap ada yang kabor sampai demam demam sebab naik bas dia panas. last last. saya menyerah. amek je supir. tapi still route kena amek tahu jugak. amek supir then bgtaw dia kita nk singgah mana. lagi senang.

 

so trip kali ni kat medan. itinerary dia macam ni :

 

Day 1 – sampai medan, supir amek kat airport, terus ke lake toba. jauhnya hanya tuhan yang tahu. dalam 5 ke 4 jam tah nak sampai sana. otw ke sana tu pak supir bawak la kitoang singgah makan kat rumah makan masakan padang yg ada burung wak wak or ruak ruak. tak penah makan ekceli. ni first time. sedap jugak. macam burung lain lah. haha! then kitorang sampai lake toba tu terus ke samosir naik feri. best naik feri. tapi kat samosir tu takde mende. so rasa tak berbaloi je bazir masa perjalanan jauh then sampai benda tu indah kabar dari rupa. tasik dia jelah yang cantik. kat samosir tu ada lah makam raja raja lama. melawat makam? melaka pon ada.

 

 

otw ke samosir

 

 

di makam raja…lupa nama

 

 

dah nak balik ke mainland sbb bosan

 

 

habis di samosir, layan dangdut atas bot balik ke mainland, dah petang, ajak pak supir pegi makan makan. then checkin hotel then tido. best tido di kawasan lake toba tu sebab bila malam, sejuk. memang bilik takde kipas. sejuk woi.

 

sikit tips untuk sape yang nak tido kat kawasan lake toba. korang cari je mana mana tempat tido yang ada dedekat situ. takde hal lah. tapi biasanya kalau tanya supir, dia akan suggest hotel yang biasanya org tido. agak mahal lah. disebabkan saya bajet ciput (jetjet bekpekes) so amek je hotel murah. satu malam tak silap tak sampai 60hengget pon. nama hotel tu MELISSA PALACE. haritu pegi IDR190,000 satu malam. murah la jugak. untuk dua orang. sorang rm30 je!

 

 

Day 2 – bangun awal pagi, sarapan, kitorang ke berastagi pulak. nak tengok volcano katanya! perjalanan pon makan masa hampir 4 jam. memang jenuh lah duduk dalam van pak supir tu. dalam perjalan ke berastagi tu, lalu lah kat lereng bukit sepanjang lake toba. pemandangan dia. subhanallah cantik! hutan dia pon cantik! tapi kitorang request nak pegi sipiso piso dulu sebelum brastagi. tapi sebelum tu singgah minum pagi kat puncak simarjarunjung. pak supir kabor the halis dengan pisang goreng situ best. the halia dia kaw! pekat. saya tak biasa minum. so tak habis. just habiskan pisang goreng dia aje. haha!

 

 

di pinggir lake toba

 

 

ok taktaw sebab ape nak lari. tapi pak supir gelakkan kitorang

 

 

 

sejuk oh atas puncak tu

 

 

dah habis bersejuk sejuk tu, kitorang sambung perjalan ke sipiso piso waterfall pulak. bila sampai tu eksaited gila sebab cantik air terjun tu. pak supir kabor air terjun tu adalah hujung lake toba. and ada jalan dari atas nk turun ke bawah tu. amek masa satu jam dia kabor. satu jam turun satu jam naik. tinggi woi. kitorang pon turun halfway je. sebab dah tak larat. nak naik balik tu pon azab.

 

 

.

ni baru separuh jalan ke bawah. jauh lagi nak turun. tak larat

 

 

 

habis jalan jalan area situ, sambung perjalanan lagi ke berastagi. nasib kitorang tak baik, masa tu berkabus teruk. sebab volcano satu lagi tu tengah aktif nk muntah. so tak nampak lah pemandangan belakang tu. tapi takpelah. takde rezeki kan. pak supir tanya nak singgah pasar buat ke tak, kitorang tanak. skip jelah.

 

 

see tak nampak ape kan belakang tu

 

 

habis melawat kawasan berastagi tu, pak supir bawak kitorang pegi mandi air panas. haha. ni adhoc punya plan. dia tanya je. tetiba rasa nak pegi. best la jugak. tapi kalau korang nak pegi mandi kan, jangan la mandi pakai baju cantik org yang baru. pakai je baju buruk sebab nanti bau sulfur tu melekat kat baju. susah pulak tu nak hilang. basuh banyak kali pon still tak hilang. jangan basuh campur baju lalin. sebab nanti baju lain pon lekat bau dia jugak. habis mandi semua tu, kitorang gerak terus ke medan town. bermalam kat sana. sebab dah penat sgt, malam tu juat keluar tapau makanan, balik tido. takde jenjalan kat town pon.

 

 

nampak la sikit gunung sinabung ke sibayak tah HAHA!

 

 

Day 3 – bangun pagi, sarapan, pegi shopping buah tangan sikit then terus mintak dihantar ke airport. pehtu balik KL!

 

yey dah habis update trip medan sebagai pembukaan bagi tahun 2015.

 

p/s : btw pak supir yang kitorang amek tu kalau nak kontek dia, tengok bawah ni.

Nama dia Tyo. nk kontek dia kat FB ikot link ni : Tyo Uty, and harga dia bagi haritu sangat best!

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *