EKSLUSIF – BOMOH VIP
4:00 PM
SALAM SEJATHERA.
al-arabiya.net menyatakan “malaysia menggunakan sihir sebagai jalan terakhir”
ok entry ni lari dari niche blog ni kejap. sedang malaysia masih berdukacita dengan kehilangan pesawat MH370, mucul pulak perkara yang memalukan negara dengan seorang Bomoh VIP katanya yang datang meneropong dan naik tikar terbang untuk membantu mencari. perkara ini ternyata menjadi ejekan bagi masyarakat dunia amnya dan malaysia khasnya. perkembangan terbaru, tok bomoh ni mengamuk mengaku dia tak sesat. (rujuk video dibawah)
ekoran kejadian tersebut, tersebar satu gambar menunjukkan perenggan pewartaan mengatakan bomoh ini sesat. (sila rujuk gamba dibawah)
bagi memastikan gambar diatas bukan sekadar rekaan, saya telah menalefon pegawai JAKIM untuk pengesahan. bercakap dengan ustaz Naim dari JAKIM, beliau mengesahkan perkara berikut. bomoh tersebut telah diwartakan sesat semenjak 2004 lagi. berikutan perbualan dengan ustaz tersebut, saya bertanyakan “kalau dah sesat kenapa takde tindakan diambil? sekadar menempatkan pengawal keselamatan (polis) tak mencukupi” ustaz balas. “kalau dia buat sekali lagi kita akan ambil tindakan lebih tegas”
harus diingat matlamat tak menghalalkan cara. memang kita menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan krisi ini. tapi matlamat untuk mencari pesawat tersebut tak menghalalkan perbuatan syirik dan sesat.
0 comments