blog

.Movie Review - Khurafat Perjanjian Syaitan

11:25 PM





SALAM SEJAHTERA :D

pernah dengar tak pasal benda2 khurafat? alah.yang main jin tuh..yang mendrem2 tuh..yang jampi2 tuh..penah? of kos la kan.budaya melayu tak terkecuali dengan dipengaruhi benda2 nih. betol ke? ok2..bukan nak bercakap pasal benda khurafat. but,nak cakap pasal satu movie baru keluar today : 

KHURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN



fiq and my best friend baru je balik dari tengok cite nih

filem seram pertama lakonan dan arahan Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Liyana Jasmay.

my review for this movie : filem ini mengisahkan mengenai Johan (Syamsul) yang berkahwin dengan Aishah (Liyana Jasmay) tetapi hanya selepas sekejap je kahwin.diorang diganggu oleh hantu/syaitan. sebelum Johan kahwin dengan Aishah, dia ada kapel dengan Anna (Sabrina Ali) yang sangat sosial. disebabkan Anna tak mahu berubah,Johan pon tinggalkan Anna dan berkahwin dengan Aisyah. kat situ lah bermula konflik cerita nih. si Anna datang merayu supaya Johan balik kat dia. Johan takmo. so macam2 la Anna buat sampai satu masa Anna bunuh diri..eee...ngeri gile scene tuh..ape jadik lepas tuh? anda mesti tonton sendiri sebab citer ni memang best.




cemana ending cerita nih? fiq dapat simpulkan is ending cerita ni di-twist dengan baik sampai penonton tertanya2 kenapa ada satu scene tuh Johan kemalangan,siap lari2 dari hantu lagik..and tahan keta tepi jalan..tapi lepas tuh dia balik rumah without sikit pon calar or luka..mesti kalau yang tak dapat teka,mesti tanya nape kan.and ada la kat ending flash back kenapa Johan diganggu hantu..

and ada sikit la scene yang sangat common dalam cite nih..which is Johan bekerja kat hospital.jaga bilik mayat. so,mesti korang bole predict dah kan cemana gangguan kat bilik mayat and hospital tuh..

untuk kualiti cerita fiq bagi 4.5 stars and untuk jalan cerita fiq bagi 4 stars and for audio fiq bagi 5 stars. and lastly kenapa korang mesti tengok cite nih is sebab cite nih lain sangat jalan cerita dari movie hantu melayu yang lain..sangat best. sampai dalam dewan tadi pakat terjerit2 takut hantu..


TH : ye la..saya nih actually bukan suke tengok sangat cite muvi melayu..tapi citer tadik memang menambat hati :) and LIyana Jasmay chun gile bila bertudung


also : review dari Gua.com.my [klik sini]

blog

.MELAYU or ME-LAYU? - MELAYU LAH SANGAT!

6:41 PM



SALAM SEJAHTERA.

first of all,sorry if penulisan ini dianggan menghina mana2 pihak. tapi fiq terpanggil untk menulis mengenai isu ini. fiq dapat info dari blogger lain yang dah menulis isu ini. and marah tak korang bila ada yang menyatakan "melayu bukan berasal dari malaysia nor indonesia" . jum tengok video nih dulu :




dah habis tengok?ape reaksi korang?marah tak bila ada orang hina melayu?isk!! marah kot..haha..tapi marah biar bertempat dan biar ada ilmu di dalam otak tuh.jangan ikot perasaan. kalau perasan,kat tengah2,video nih ada yang mendakwa karam mengeluarkan perkataan "lancau" and dia menafikan sekeras-kerasnya. ok la..fiq sini bukan nk bela sapa2 ok..eventho fiq melayu gak..tapi cara diorang tuh sangat la tak betol. 

FMO, kalau si pesalah tuh da sedia mintak maaf dikhalayak ramai and merendahkan maruah dia macam tuh,kita nih orang melayu yang penuh dengan tata-susila,tak boleh ko bertolak ansur? bukannya dia tak mintak maaf.dah mintak maaf tuh..ape yang nak jadi hero kampung sangat.setakat dia sorang,korang ramai,tak payah la nak tunjuk otai ok..

mengenai asal usul melayu..ya!! memang fiq setuju sangat melayu bukan berasal dari malaysia nor indonesia.sebab ape? sape yang belaja mungkin dah tawu. yang tak tawu jum tengok fakta kat bawah ni :


Asal-usul bangsa Melayu dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Di dalam buku sejarah Melayu, Melayu Proto (kumpulan pertama) berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Dipercayai keturunannya adalah Orang Asli di Malaysia dan Batak di Sumatera. 

Kumpulan kedua pula berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 Sebelum Masihi). Kumpulan ini dinamakan Melayu Deutro. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia. 

Melayu Deutro dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. 

Kesimpulannya, datuk nenek dan moyang bangsa Melayu boleh dikatakan berasal dari Yunan, China. Penghijrahan mereka ke Asia Tenggara memungkinkan mereka bermastautin dan menetap serta berkahwin campur dengan pelbagai bangsa seperti pedagang Arab dan India pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Secara amnya, bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat resam Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu serta hidup dalam budaya Melayu. 

sumber : wikipedia dan resam melayu.com

and..kalau tak pecaya gak..selak2 la buku teks form 6 subjek ape tah.fiq lupe..sbb fiq belaja kejap je form 6 dulu..tapi kalau tak sahih,takkan la masuk dalam buku teks kan maklumat tuh :))


psssttt : 
buat sesuatu tuh biarlah berasaskan ilmu dan bukan emosi semata

blog

.Life As A Blogger Part 3

9:44 AM






eh..tetiba part 3 nih..mana part 1 and 2...part 1 dgn 2 entry dalam bahasa melayu..aha


kadang fiq ditanya kawan-kawan. "senang ke jadik blogger?best ke?mesti feymes kan" and banyak lagi la pertanyaan yang diorang tanya..kadang2 tak masuk akal pon ada.kadang2 malas nak jawab pon ada.hehe! biasalah kan. for me,i'm not searchin for the fame ke hape ke..tapi lebih kepada kepuasan. tuh mula2 dulu la.

tapi lama kelamaan bila dah kenal otai2 blogger mcm brader ben,bro framestone and ramai lagi la..fiq dah mula belajar ape tu kepentingan trafik,kenapa penting blogwalk,kenapa penulisan kena teliti dan berkualiti dan kenapa perlu menghargai follower serta kenapa perlu bersikap ramah tamah :) and fiq rasa korang pon dah tawu kan jawapan kepada persoalan2 diatas kan? kalau tak tawu,tanya la kat ruangan komen kat bawah :))

and pity of me sebab balik kampung ni line berukbeng ni sangat slow sampai tak mungkin nak blogwalk.nak load satu2 page pon azab gile.nak buat cemana kan..hanya mampu menghapdate dan promot di kelab blogger je. and becoz of that,trafik di belog fiq pon sangat kurang...ye la kan..blog tak feymes,then jarang blogwalk..memang la takde org masuk :))..sedih nih..takpe,sabar ye..dugaan...

and fiq tertarik dengan pernyataan you-know-who tyme kitorang 'bergayut' semalam. dia cakap tulis blog ni macam mengarang karangan la gak kan. yer la...masa sekolah dulu dia slalu pikir ape lah kegunaan belajar BM nih..haha..dia yang kata..mula2 fiq kurang setuju wit the statement tuh..tapi pikir balik betol la..ye la..nk buat entry ni macam mengarang karang kan..kena ada idea..and huraian..ehh..dah la dulu bebel..nanti kita sambung lagik ye..lagi pon reader bohsna kot baca entry panjang2 sgt nih..tata!



psst :
nanti next entry kita tengok cemana ciri2 entry yang baik dan tak baik :D

asyura

.DULU DAN SEKARANG - HARI ASYURA

3:20 PM








HEPI FRIDAY TO ALL MY BELOVED READERS AND FOLLOWERS

ape ek nak tulis untuk entry pertama hari ni.hmm..ok ok dah ada idea.
meh kita sembang pasal dulu dan sekarang. past and present kalau dalam bahasa omputehnyer.

kalau dulu kita kecik lagi,skarang dah besar danmasa depan kita akan tua.then mati.
kalau dulu kita carefree je takyah nk pikir pasal life,skarang dah start kena pikir..isnt it?
and kalau dulu kita takde perasaan pape,skang ni dah mulala terasa nak kawen..haha!

bersempena dengan 10 MUHARRAM yang baru meninggalkan kita semalam,fiq nak tanya korang penah dengo pasal HARI ASYURA tak? ape maksud tuh? mengikut bahasa arab, HARI ASYURA adalah merujuk kepada hari kesepuluh. then,ape specialnyer dengan HARI ASYURA nih? sebab,mengikut sejarah ISLAM pada HARI ASYURA dalam bulan MUHARRAM ni,banyak peristiwa besar yang berlaku. salah satunya is buat bubur asyura. haaa...kenal tak bubur asyura?

mengikut sejarah, bubur asyura adalah masakan pertama yang dimasak oleh Nabi Nuh A.S selepas peristiwa banjir besar yang melanda bumi. haish..tawu kan sejarah tu? ok ok. lepas je bajir surut, Nabi Nuh mengumpulkan segala kekacang yang ada untuk dibuat bubur dan peristiwa tu mengambil tempat pada hari kesepuluh bulan muharram.tu la sikit sejarah bubur asyura.

KALAU DULU masa sekolah menengah dulu,tyme asyura ni la paling ditungu2 kalau kat asrama tuh. ye la..abang2 ajk asrama akan buat sapu program kacau bubur asyura. and malam tuh ada majlis jamuan makan. makan bubur asyura semata2..haha. sambil ada la persembahan kan. mula dengan petang hari asyura tuh, pakat2 la ramai2 gotong royong sediakan bahan..potong pisang la..basuh kacang..perisi jagung and lain2 lah..abang2 yang besaq2 dok pakat sebok pelekat api..fuhh fuhh..depa dok hembiuh api.haha..pakat berayaq mata pedih kena asap. memang seronok lah..SEKARANG? tah...kalau hari asyura tuh da macam xde pape..maybe sbb dah besaq.dok universiti,depa tak anjurkan masa mcm tuh kot..tapi kat kampung pon makin kurang dah..maybe sbb perubahan zaman kot. dah xramai pakat2 gotong royong nak masak bubuq asyura..tapi nanti taw2 ada je orang mai hantaq bubuq kat umah..makan je sudaaa..haha


gambaq zaman muda mudi kat skolah dulu ^^


satu lagi, hampa penah makan buah keriang tak? kalau orang kampung taw la kot pokok dia cemana.orang pekan? taw la kot noh. penah makan x buah keriang? dulu kalau masa dajah 6 tingkatan 1,2,3 tuh dok rajin la gak kait depan umah arwah tok tuh..skang pokok dpn umah arwah pon dah kena tebang. kat tempat lain xnampak pon dah orang dok kait buah tu..pokok pon mcm dah xnmpak..dah pupus ke?alahai....rindu la pulak nak makan buah keriang..ngidam nih!! haha..

ni la antara dua benda yang fia rasa makin hilan hari ni..tah2 budak2 zaman skang ni pon dah tataw bubuq asyura tuh cemana..nad buah keriang tuh cemana..who knows? haha..


pssstt:

rini menulis guna loghat utara sikit..hope tak terbelit mata korang nka baca ek :D

blog

.BPM - APE NAK JADI

2:57 AM


ah! malas nak bagi salam sejahtera. bole? mampu?
of kos la..

sebelum tido terasa terpanggil nak membebel lagi. orang lain bole,kenapa bukan aku?haha!
tengok tajuk tuh..paham tak. BPM - blog pilihan malaysia.
yang mana kita tawu skarang ni berlangsung pengundian untuk blog baru 2010 pilihan.
take note : BLOG BARU ye..aku dah besarkan dah tulisan BLOG BARU tuh..
heip!! jangan emo..

ada yang mengatakan , "arghh..apela budak2 baru ni..semak je asyik promote blog suruh orang undi..nak undi simpati la tuh" ada juga yang cakap "dah macam pilihanraya pulak" ada juga yang cakap "ape nih??kalau dah blog tuh ok,sure orang akan undi..tak payah nk ggigh pomote..sakit mata je"..
haha..aku pon msg setiap kawan facebook aku untuk suh diorang tolong undi..ekeke

meh sini ceq nak bagitaw sikit..
sayangggg...dah nama pon BLOG BARU, of kos la peserta pon budak2 baru gak..mana la ada orang kenal blog kami ni lagi..tambah2 blog aku nih..sekadar blog mengarut je...kena paham la..ibarat budak kecik yang baru belajar berjalan. takkan la dia nak bole berdiri atas kaki sendiri terus..of kos la mak bapak kena tolong dulu kan mula2..xkn la bodoh sangat mak bapak tuh takmo tolong pegang anak.jatuh pecah kepala budak tuh..mampos kan..ok2..dah melalut dah..kalau nk ditengok trend skang,hatta orang politik pon,ofkos la nk pancing undi tuh,kena la promote..saya ulangi KENA PROMOTE. tak kira la promote dengan manifesto ke..promote diri ke..post link ke..haha!! tapi peringatan ye kepada kawan2 saya yang baru macam saya..jangan la over post link tuh..nanti orang kata SPAM pulak..tak baik kaco keselesaan orang lain.

tapi kan..OL ni kena paham la perangai orang baru..ye la..budak2 kalu baru dapat mainan ben10..haha..suke la.apetah lagi tercalon dalam senarai pengundian BLOG BARU kann..of kos la excited. tapi xcited pon jangan lebih2 ye!! kang kena sepak!! haha..atleast tolong kami nih tunjuk ajar.ape yag tak betol tolong tegur..and tegur tuh ada caranya..bukan main hentam je...kami ni tak la feymes macam korang yang dah establish. nk dapat satu undi pon macam nak mampos lagi kan..nak dapat trafik pon sampai nyawa2 ikan kena blogwalk. apetah lagi sekali keluarkan entry,nak dapatkan reader pon azab. cuba letak diri kita kat tempat orang yang kita nk kata tuh dulu before buat ape2 statement. ni main hentam je..mana statement KITA KAWAN, KAWAN KENA TOLONG KAWAN.iye ke... mana pergi semua benda tuh.bukan la hadap sangat..tapi jangan tawu cakap je.aku rasa masa mula2 berblog tuh ramai je kata mcm tu..terima kasih la kepada yang mengotakan ape yang dikata dengan menolong kitorang promote lah..buat list la..tapi yang tawu kata je? ramai je..and bila ada salah yang dibuat..haaa..pakat2 la ramai2 kuarkan entry lah...post la..status la..sindir macam2 la..memang menarik..hey..dun be such an arrogant person la...ilek2 sudah..chill..perlu ke down kan semangat orang lain sebab awak tuh dah hebat? hebat ke? ikot suke lah nk rasa hebat ke...tak ke...itu ko punya hal..


psstt :

haha! am i hater?? haha..mampos nanti aku kena band...sekadar meluahkan pendapat dan perasaan. suke or not? ikot suka korang la..i have my right..so,please respect it..u have ur own right gak...saya pon respek hak2 kamu..and jangan la sbb BPM ni ramai yang jauh hati and ukhwah kita terancam..haha..aku? ok je..ok ke?jeng jeng jeng..


and...sowi la kat my follower,yang baru follow,pelawat,buat masa nih..xdapat balas kunjungan korang lagi..sebab ada masalah line nih..insyaALLAH after krismes semua kembali seperti sediakala :D

blog

.RED ALERT - SUDAH BERMULA!!

7:34 AM





ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


13 - 17 DEC adalah tarikh genting buat semua blogger baru kerana pengundian blog baru (2010) pilihan  sudah bermula untuk peringkat pertama. tak terkecuali my blog.

so, mintak jasa baik kawan2 semua untuk vote my blog bagi melayakkan fiq ke pusingan seterusnya

tarikh pengundian untuk pesingan pertama is 13- 17 DEC 2010


vote for blog ini yang berada dalam KUMPULAN 6. blog NOMBOR 222


UNTUK MENGUNDI SILA KLIK LINK DIBAWAH :







SEKADAR PERINGATAN : 


CARA UNDIAN : 


Cara-cara nya adalah:
  • Undian peringkat pertama - semua kumpulan akan dibuka serentak untuk undian peringkat ini. 5 blog  bagi setiap kumpulan yang mendapat undian tertinggi akan layak ke undian peringkat kedua..
  • Undian peringkat kedua - 50 blog (5 blog dari 10 kumpulan = 50) akan dihimpunkan untuk diundi. pemenang gelaran blog baru (2010) pilihan akan diumumkan dalam bentuk top 5. harap anda setuju..
  • update :  keputusan undian peringkat kedua akan diumumkan dalam bentuk top 10, sempena tahun 2010..
  • Senarai undian nanti akan dikeluarkan dalam bentuk nombor blog anda seperti dalam senarai, bukannya nama blog  anda..
  • update :  gadjet poll akan digunakan, anda hanya undi nombor blog pilihan anda.. tidak perlu tulis nombor blog pilihan di ruangan komen nanti.



SEGALA JASA BAIK KAWAN2 YANG VOTE MY BLOG SANGATLAH DIHARGAI :D

blog

.HANGAT!! SARIMAH MENCARI JEJAKA MELAYU TERAKHIR

2:19 PM





kenal artis seksi meksi nih? sape tak kenal sarimah ibrahim. artis mulut lahar dan sempoi. and fiq salah sorang peminat dia. bukan sebab dia seksi je..suke sebab personaliti nye yang ceria,lawak and sempoi.haha..

korang tengok melodi tak?alah..rancangan setiap hari ahad pukul 12.30 tuh..yang pengacaranye fafau hot and wahid tuh..haaa..kalau tak tengok,meh sini nak cerita. salah satu segmen dalam melodi harini ada menampilkan cik sarimah kita nih. ye lah..selepas dia bercerai dengan pasangannyer,makin nampak ayu je cik adik manis kita nih (cik adik ke?) haha..ape fiq tertarik is bila wartawan melodi tanya pasal bab jodoh kat sarimah. wartawan tuh tnya kot2 sarimah nk carik pengganti and betul ke jejaka pakat takut kat dia?? dia cakap diorang tuh takut ke? takut sbb tak kenal lagi..kalau kenal mesti tak takut punyer..

..and sarimah cakap pulak,sape yang nak berkenalan dgn dia silakan lah..wahh!! ni yang den nak masuk line nih..tapi beza umo jauh sgt la kak (jauh ke?)..haha!! dia cakap lagik, kalau ada orang yang bole sayang dia,boleh terima sikap buruk dia (of kos la sikap buruk ni sape2 pon ada), ape tunggu lagi..silakan lah masuk line..and yng paling penting,dia xkesah la pasal duit..eventho dia kaya,xsemestinya dia akan pilih org kaya..harta boleh dicari..tapi kasih sayang lebih bernilai dari segunung harta..wee~


so...jejakas malaya sekalian...ape yang ditunggu!! cepat sebelum terlambat.!! ekeke



psstt : 
kalau lah jarak umor kitorang tak jauh sangat..nk gak tackle minah ni..mampu ke?? eeke...eh,ape pon jgn lupe vote my blog untuk blog baru (2010) pilihan ok..no.222..ingt tuh..no.222







blog

KEMPEN BLOG PILIHAN MALAYSIA BERSAMA BEN ASHAARI

11:03 AM



SELAMAT PAGI :D


sepertimana yang kawan2 blogger tawu,dunia blog kini sedang dilanda fenomena panas iaitu pilihanraya blog baru pilihan 2010 a.k.a BPM. klik sini untuk maklumat lanjut.

alhamdulillah blog fiq nih dah tersenarai dalam bloglist kumpulan 6. nombor blog is no.222. klik sini untuk semakan.

and bersamman tu jugak...brader ben ada buat satu lagi segmen untuk mempromosikan kitorang ni blogger yang baru lahir..xie xie brader ben..meh kita jawab satu persatu requirement untuk join kempen nih :


nak tawu lanjut,klik banner sini 


soalan yang perlu dijawab ialah :

1-  Kenapa anda sertai contest ini BLOG PILIHAN MALAYSIA ?

fiq join kontes ni sbb selain memperluaskan lagi jaringan persahabatan maya ni and mem-promote my blog,i hope that my blog ni bole maju setapak lagi kehadapan selain menjadi pembakar semangat untuk meneruskan erjaya berblog ni. selain tu,bole jugak nak sebar2 info yang berguna via blog nih and also mendapat ilmu dalam dunia maya nih..tapi hopenyer persahabatan dalm dunia maya nih akan berterusan ke dunia realiti. :D and...ia juga diharap menjadi pendorong semangat kepada blgger bau lain untuk terus berusaha!! jia you!!!



2-  Kenapa anda rasa layak diundi ?

hmm..susah soalan nih woo.but for me,kenapa fiq rasa layak diundi is my blog nih sentiasa aktif dan sentiasa update melainkan ada masalah tertentu spt line slow or takde connection..yg tuh je..lain? takde sebab fiq tak update my blog nih..and also my blog ni eventho tak banyak mane pon maklumat,but still i'm trying to masukkan beberapa info berguna..tapi..at the end of the day,still,layak untuk diundi or not tuh terletak kepada pengundi semua..mcm orang politik la..kalau diorang rasa layak pon,pengundi sesuatu kawasan tuh xmo..xjalan gak..isnt it?



3-  Ceritakan latar belakang blog anda.

mula2 blog ni lahir is atas dorongan my bestfriend..kak yat. dia lah yang mendorong fiq berblog ni..katanya "blog ni bole jadik as diary,nanti dah tua2..dah nyanyok,bukak la blog balik baca..sure tersengih sorang2..anak cucu pon bole baca gak hape". tu la kata2 yang mendorong fiq nk berblog. and mula2 fiq post entry is just bout my life..biasalah blogger baru kan..tataw nk bebel ape lagik. and ada gak beberapa entry yang fiq maki-maki manusia yang tak bertamadun..ekeke..mulut jaht kan..tapi bila dah lama dlm dunia blog nih,fiq makin paham..and thanks gak kat salah satu entiti yang penting untuk blogger ni which is follower and my follower tu berjumlah 269 tuh...sbb sudi follow my blog ni..siyes dulu jarang sangat update..sbb tataw nk ckp hape..skang ni boleh la..haha..samapi yang ada cakap kt fiq "ko nih xstudi ke?xde asgment ke? asyik update blog je" haha...mcm tuh la..and 1st time lepas fiq lancarkan my blog nih,ingtkan xde org baca..but kat kampus tu banyak my silent reader..kdg2 junior2 yang fiq tak kenal pon tegur fiq "bila nk bebel dlm entry baru lagik?" waduhh..terharu...thanks kepada semua yek :D (da mcm ucapan amek anugerah pulak kan!! haha!!)





pssstt : 

jangan lupe vote for my blog bermula esok ok.. blog kumpulan 6. nombor blog is no.222 . senang je nak ingat kan :D

blog

PROJEK - SAPE NAK JOIN?

5:27 PM




salam satu malaysia :D

tetiba petang2 nih fiq teringin nak buat satu projek bagus punya..korang nak join tak?
ini bukan projek tetttt! tuh..

ini lagi baguss..

haha..actually sedar tak seday kebanyakkan blogger akan bergantung pada jumlap pendapatan trafik diorang.isnt it? and cemana nak dapat trafik? biasanya dengan blogwalk. betol x? biasalah..manusia ni hidup kalau diberi choice samada nk benda senang or susah,mana satu akan dipilih? yang senang la of kos kan? so,minggu lepas fiq ada mendownload satu software untuk blogger pegi blogwalk dengan suka hati. tapi mula2 susah sikit la..susah cemana? susah sbb nak add link je pon dalam software tu.once dah add,lain kali nak pegi blogwalk ke blog seseorang tuh untuk kali ke -2,3,4 dan seterusnya akan menjadi lebih mudah..sebab semua dah ada dalam senarai dan tugas berblogwalk menjadi semakin simple :D


ni la screenshot software tuh :D simple kan?


okeh, so, ape projeknyer? fiq bercadang mahu kumpulkan seberapa banyak link and letak dalam link list software nih.so,bila ada dalam senarai nih,bole la fiq selalu melawat korang..ok x? and satu lagik,bila dah cukup banyak nanti,bole la fiq upload dan bagi kat sape2 yang berminat..berminat nak join?? tinggalkan link blog anda dalam ruangan komentar tuh. bole? bole la yek!  :D




perhatian : kebanyakan url blog yang dalam malaysian list blog kat grup kawan blogger tuh fiq dah masukkan dalam ini software..tapi yang kat atas je la..yang kat ruangan komen bawah tuh xdaya nak kopi paste satu lagi...so,tinggalkan dlk ruangan komentar yek..ingat, tinggalkan url.



pssstt : sape2 yang nak downlaod spftware tuh sila pergi ke link ini : http://bit.ly/h0UA8N




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *