PERCUTIAN DI KOHLIPE (LIPE ISLAND)

4:18 PM

 

Salam Sejahtera

 

 

 

kali ni jom kita bercerita mengenai percutian luar negara pulak. takde la luar negara sangat. negara jiran sajor! THAILAND. ever heard KOHLIPE? kalau sebut lelaju mesti jadi kuala lipis kan? ok ceritanya, TH pon tak tahu kohlipe ni asalnya. any my travel partner lah cadangkan. diorang kata lawa. KOHLIPE jugak dikenali sebagai Maldives of Thailand.

 

salah satu option paling dekat nak masuk is masuk melalui Langkawi, Kedah. yup masuk melalui langkawi naik speed boat aje. as for us, kitorang amek tiket flight mendarat di langkawi. tidur satu malam di langkawi and amek boat paling awal pkol 10 pagi di jeti…bukan jeti kuah taw. jeti ape tah TH da lupe nama dia. TH amek pakej je pegi sana. in about rm700 dah lengkap hotel, makan, transportation.

 

sampai je kat jeti,bagi passport di jeti, and diorang akan uruskan semua. and perjalan naik speed boat tu dalam sejam lebih. fuhh! laju kot boat dia. best!

 

sempat jenjalan around langkawi!

 

 

 

 

and bila dah sejam lebih, sebab speed boat tu besar, air pulak cetek, tak boleh pergi sampai pantai, kena naik long tail bot (tongkang) untuk mendarat di pulau lipe ni. tengok lah betapa cantik nak mati air dia. biru, pantai pasir putih. woha!

 

 

hotal yang kami menginap.

 

 

 

tempat menginap

 

 

sepanjang kat kohlipe ni, kami menginap di bundhaya resort. don’t worry, sini diorang sediakan makanan halal. so boleh makan tanpa was-was. and kawasan resort ni sangat cantik. tambah tambah waktu malam. dinner tepi pantai sangatlah romentik.

 

 

 

and untuk pengetahuan korang, kat pulau ni ada 3 pantai. Sunrise Beach, Sunset Beach and Pattaya Beach. so kitorang stay di kawasan Pattaya Beach. tapi nak ke dua lagi pantai tu boleh je samada korang jalan atau amek teksi motorsikal. seringgit je pon kena bayar. kalau sunrise beach boleh la jalan. tak berapa jauh. kalau sunset beach wajib amek teksi sebab agak jauh. kena rentas kampung sikit.

 

 

Pattaya Beach.

 

 

Sunrise Beach.

 

 

Sunset Beach.

 

 

 

selain pantai yang catik tu, kalau korang bosan asyik tengok pantai, ada jugak street macam pasar pasar tu. boleh je korang nak beli belah. jalan tengok tengok barang, ada jugak bar. sape nak mabok mabok pegi lah sana. kitorang jalan tengok jelah.

 

 

antara gambar chun di street dia (lupa nama street tu)

 

 

so hari pertama tu takde aktiviti sangat. kitorang jenjalan jelah kat tetiga beach macam atas tu, jenjalan tgk barang kat street macam gambar atas jugak. and makan malam dia sangat best. rimas pon ada sebab tak biasa orang serve gegila. banyak pulak tu lauk pauk dia. terkejut la banyak nak mampos. semua makanan dia sedap.

 

 

nampak tu. atas meja tu. tu baru suku makanan yang dihidang. makan tepi pantai

 

 

seconda day kitorang kat sana. dibawak snorkel di beberapa buah pulau. yang bestnya, trip snorkel kitorang private. takde orang lain join selain kitorang berempat. barulah best. takpayah bercampur dengan strangers yang kengkadang annoying. kahkah!

 

 

naik long tail boat. sejam jugak nak ke destinasi. zzzz

 

 

tak silap diorang bawak kitorang ke 5 buah spot untuk snorkeling. and tempat pertama tak best sebab arus kuat. then another 4 spots tu awesome!

 

 

gigih selfie berjemaah semasa snorkeling. tapi arus kuat sini!

 

 

2nd spot. tapi kitorang tak snorkel sini. seronok main batu kat pulau ni. batu bulat bulat

 

 

khop khun krapp!!

 

 

ni spot no berapa eh. lost count. tapi sini kitorang berhenti lunch sekali.

 

 

dah penat bersnorleling, dah habis semua spot dijelajah, dah sunburn satu badan, dah pepedih muka sebab terbakar, balik malam tu yey!! time for dinner. kebetulan time kitorang pergi tu, ulangtahun resort tu. and kebetulan semorang ada baju yang sama. so macam boria sikit malam tu time dinner.

 

 

 

penuh tak meja dengan makanan. siap dapat kek lagi!

 

 

so lepas dinner tu takde nak buan mende dah, boleh la sape nak pegi massage, manicure, pedicure, semua murah kat sana. kalau balik KL mahal nk arwah. seriyes mahal kalau kat KL. tapi TH tak buat lah. sebab bajet bawak cecukup je. kohlipe, pulau yang definitely TH akan pergi sekali lagi. CANTIKKKK!!!

 

 

 

belanja satu gamba ala ala ANTM satu! kahkah!

VISIT PENANG! PULAU PINANG #VMY2014

2:42 PM

 

Salam Sejahtera

 

 

have you ever been to penang? have you ever been wondering ape je ada kat penang? as for me, first time datang penang dah tak tahu nak jalan jalan mana. ada komtar, pantai, pehtu padang kota. itu jelah. tapi salah. penang pantai dia as for me hmm tak menarik sebab tak pernah jumpe pantai yang best lagi. maybe sebab tak cari.

 

tapi ada sekali TH pegi penang, sebab dok dengar orang kata best pegi tangkap gambar kat lukisan dinding. so TH buat lah day trip to penang. sebab rumah pon dekat je. kat perak. so drive in about sejam lebih dah sampai. pergi naik jambatan pulau pinang, balik naik feri.

 

cari punya cari maklumat, jumpa lah. sebenarnya lukisan lukisan ni terletak merata-rata di sekitar bandar georgetown. sape yang rajin boleh pegi cari map panduan untuk cari lukisan ni. TH ni jenis pemalas. so ijust googled it and poof! jumpa. tanya la jugak kak jumie sebab dia orang penang. tapi takde rezeki nk ajak lepak sebab kak jumie kan bz orangnyaaaa.

 

 

photo

 

 

haa..atas tu adalah contoh maps yang TH jumpe sambil2 online on the way nak pergi penang. so dalam map ni dia letak la kat street mana nak cari semua lukisan tu. so, TH park kereta, pehtu explore seluruh bandar georgetown tu just jalan kaki aje. best!

 

 

 

jumpa! yeih!

 

 

yang ni paling ikonik! sebab ramai post amek gamba sini

 

 

yang ni kalau nk cari kena explore belakang bagunan sikit

 

 

perasan tak yang ni? sama dengan header? hahah

 

 

kat tepi bagunan ni pon ada. so kena rajin cari.

 

 

lompat!

 

 

 

 

 

 

 

so basically kalau nk cari lukisan ni kena lah rajin explore. dan from my pengamatan, lukisan yang dilukis ni dah banyak rosak dan nk hilang dah. yang besi je still ok. sebab besi. haa..penang banyak tempat nk jalan jalan kan?

VISIT SARAWAK #VMY2014

2:17 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

ok! next update untuk percutian kali ni still dalam malaysia. tolong promote visit malaysia 2014 ke? idok le teman. just nak share antara tempat menarik yang pernah dilawati aje. kali ni percutian pendek ke Kuching, Sarawak. ditaja oleh MAS dan hotel Merdeka Palace. ditaja katanyehh..bayar sendiri lah! tapi kali ni MAS ada buat promo. return tiket termasuk hotel. sangat murah!

 

Kebetulan ada kenala twitter di kuching, so kali ni bila ke kuching, TH kontek Zhaf mintak tolong bawak kitorang jejalan. best okeh bila ada orang tempatan yang boleh tolong kita bawak jenjalan. Destinasi pertama kitorang ialah pergi ke Cultural Village. fee masuk kalau tak silap ialah RM30. tapi kalau orang tempatan half price.

 

 

 

 

 

Dinasihatkan kalau nak pergi ke sana, pergi pagi. sebab nanti ada sesi pementasan. kalau pagi tu macam tak rushing sangat. lepas habis tu boleh jenjalan tanpa panas sebab tak terik lagi. haa..lepas beli tiket terus tunggu depan dewan nak masuk. kalau lambat nanti seat penuh.

 

 

 

 

habis je persembahan kebudayaan, teruslah kitorang bertiga jenjalan sekitar perkampungan budaya tu. melawat rumah setiap etnik yang ada di sarawak. rumah iban, melanau, melayu dan banyak lagi. naik jambatan buluh pon best gak!

 

 

 

 

 

 

 

Selain pergi ke perkampungan budaya, kitorang jenjalan gak di waterfront. dekat area bandar kuching. kalau rajin, naik la bot merentas sungai tu. best jugak! bayar rm0.50 saje kat pakcik boat tu. nanti dia bawak menyeberang ke sebelah.

 

 

 

 

selain tu jugak. pegi beli belah kek lapis sarawak kat kedai dayang salhah pon best. sebelum beli. kita boleh rasa. semua perasa ada. dari yang tak sedap ke yang paling sedap ada. hahah!

 

 

ni la Zhaf yang bawak kitorang jenjalan kat Kuching! thanks!

 

p/s : Zhaf kata rm60 masuk cultural village tu. student price yang rm30.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *