Tujuh Empangan Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Susut

9:28 AM


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Paras air di tujuh empangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengalami penyusutan ekoran berlarutan cuaca panas dan kering, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).Empangan yang menunjukkan penyusutan paras takungan air dalam tempoh dua bulan lalu ialah Empangan Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Semenyih, Sungai Langat, Klang Gates, Tasik Subang dan Empangan Sungai Batu.Penyusutan paling ketara ialah di Empangan Tasik Subang yang menyusut pada tahap maksimum iaitu kepada 77.05 peratus simpanan atau 37.26 meter Ordinary Datum Level (ODL) setakat 25 Feb lalu.Selain itu, paras Empangan Klang Gates juga telah mengalami penurunan dari paras maksimum iaitu 100 peratus simpanan atau 95.22 meter ODL sejak 15 Dis lalu dan mencapai 81.7 peratus simpanan atau 93.17 meter ODL pada 25 Feb lalu disebabkan taburan hujan yang rendah."Bagaimanapun, berdasarkan rekod dan analisa seperti yang telah dijalankan, sehingga akhir Mac ini, paras simpanan air di ketiga-tiga empangan akan terus menurun," kata Syabas dalam kenyataan itu.Namun begitu, keadaan itu tidak memerlukan pengurangan pelepasan air dari empangan dan juga pengeluaran air daripada loji.Di samping itu, beberapa batang sungai seperti Sungai Labu, Sungai Langat dan Sungai Selangor yang membekalkan air ke loji-loji rawatan air di negeri Selangor juga didapati mengalami penyusutan paras air.-- BERNAMA



***********************


source :


0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *