ITINERARY LOMBOK

4:20 PM



SALAM SEJAHTERA


dulu pernah dengar orang cakap "orang lombok ni jahat jahat". sebab ape? sebab ada kes cowok lombok larikan gadis malaysia bawak balik sana. tapi selagi tak pergi selagi tu taktaw kan macam mana keadaan di lombok. 







untuk pengetahuan, abam dah 2 kali pegi lombok and abam suka pegi sana. ok bebel banyak pon mesti korang malas nak baca kan. mai abam cerita itinerary seminggu di lombok dengan budget dalam RM600 ringgit.

untuk korang dapatkan seminggu di lombok dengan budget RM600, mari teliti itinerary lombok abam ni. sampai je di Lombok, abam memilih untuk ambil bas je ke hotel di senggigi. ye adik adik, di lombok, abam tak stay hostel sebab hotel sana pon dah cukup murah. kita cerita dalam matawang tempatan la ye. Indonesia Rupiah. dari bandara ke hotel di senggigi, tiket korang boleh amek kat balai ketibaan. harga murah je baru dalam Rp.35 ribu. perjalanan memakan masa hampir dua jam.

sampai di Hotel Bumi Aditya, abam menginap sana dua malam di bilik kipas. satu malam dalam Rp350 ribu untuk satu bilik. so abam pegi berdua. total dua malam untuk seorang is the same Rp350 ribu jugak. simple math je ni.jangan pening haha! 

heri pertama jelajah lombok, itinerary abam senang je. awal pagi kitorang deal dengan owner hotel, sewa skuter. sehari Rp60 ribu je abam dapat. so bahagi dua korang rasa? murah gila isnt it. untuk hari pertama ni kitorang jelajah lombok tengah dulu. and first stop is Sasak Sade Village.






Sasak Sade Village ni adalah satu perkampungan tradisional masyarakat asli di lombok. masuk adalah percuma tapi korang wajib amek tour guide. takde bayaran tapi korang kena bagi tips kat brader tu. untuk korang yang minat culture, boleh la masuk sini. kalau tak  minat, boleh skip.

setel cultural village ni, abam teruskan bawak skuter ke Tanak Beach dan Tanjung Aan. kat sini best sangat. pantai bersih. kalau korang nk tengok sunset, korang boleh naik ke Merese Hill dedekat situ jugak.




Tanak Beach






Tanjung Aan




Merese Hill 



habis jalan jalan area sini. dalam perjalanan balik abam singgah ke Kuta Beach. honestly kalau korang tak singgah pon takpe. pantai ni tak best.

the next day, awal pagi abam checkout dari hotel tu sebab nak ke Gili Trawangan yang super famous tu. dari hotel di senggigi ke jeti, dah alang alang deal dengan owner hotel, abam amek pakej sekali jalan je. transfer ke jeti dan harga boat untuk dua orang just Rp150 ribu. and bila dah sampai ke Gili Trawangan, kiotrang sewa satu bilik harga dalam Rp400 ribu untuk dua orang untuk dua malam. 

selesai checkin, terus abam keluar pegi sewa basikal Rp50 ribu seorang untuk satu hari. kitorang pon naik la jalan jalan kat keliling pulau tu. Trawangan kalau korang ronda naik basikal, dua jam dah setel.and disebabkan ada kena peras ugut kat sana plus abam rasa Trawangan tak lawa, kitorang checkout awal sehari dan balik ke senggigi. kira burn lah duit hotel untuk malam kedua di Trawangan. pakej balik boat dan transfer ke hotel adalah Rp100 ribu untuk seorang.



untuk baki  lagi tiga hari disana, abam menginap di Hotel Bumi Aditya jugak. satu malam di bilik aircond sebab bilik kipas dah habis. yang ni satu malam dalam Rp200 ribu. selesai checkin, kitorang jalan kaki je area senggigi tu. sebab senggigi pon ada banyak pantai cantik. kitorang jalan dalam 5KM ber-beach hopping. dari satu beach ke satu beach.





Senggigi Beach




Senggigi Reef





Pantai Pasir Hitam


habis seharian jalan jalan around senggigi, esoknya abam sewa skuter lagi untuk dua hari yang berbaki dengan harga Rp120 ribu untuk dua hari. so skuter dah ada, abam pon merempit jauh sikit la pegi ke air terjun Tiu Kelep dengan Sendeng Gile. jauh jugak la. perjalanan 2 jam nak sampai sana. tapi kalau korng ke lombok, tiu kelep adalah waterfall yang wajib korang pergi. and kat sana hati hati. sebab nak masuk tu kena bayar. nanti diorang akan cakap wajib amek tour guide. herga your guide boleh sampai Rp300 ribu. abam haritu berkeras tanak amek and diorang akur. just bayar entrance fee dalam Rp20 ribu sorang. murah kan? tanak amek tour guide tu bukan ape. jalan masuk ke waterfall tu takde lah semak macam diorang bagitaw. elok je jalan dibuat. and trekking dalam 30 menit je dah boleh sampai.




Sendeng Gile Waterfall





Tiu Kelep Waterfall





Tiu Kelep Waterfall


jauh tapi berbaloi baloi. balik tu cadang nak singgah Villa hantu pon abam skip sebab dah penat sangat main air kat tiu kelep tu. esok pulak, dah last day. abam merempit lagi tapi kali ni ke Pink Beach. jauh bangat! tapi berbaloi sebab pink beach pon lawa. sembang dengan local kat sana. diorang cakap pagi dengan petang adalah masa paling terbaik nk pegi pink beach sebab pasir dia akan nampak pink betol. tp kan korang jangan expect pantai tu pink macam air bandung taw. dia pink tapi pink lembut. haha!




Pink Beach


setel pink beach, abam dok fikir nak balik tido je sebab dah kebas bontot naik skuter ke pantai pink. so setakat ni, kalau ada orang nak ajak pegi lombok kali ketiga pon abam sanggup. lawa dan murah kat sana. meh tengok ringkasan bajet abam masa kat sana kat bawah ni.



a week in Lombok with budget less than RM600/pax. (exclude flight ticket)

1- Bus from Bandara to Senggigi : Rp35 ribu (1 pax)
2- Two nights hotel (bilik kipas) at Senggigi : Rp175 ribu (1 pax)
3- One day scooter rental : Rp30 ribu (1 pax)
4- One day petrol + scooter parking : Rp65 ribu (1 pax)
5- Shuttle + Ferry Ticket to Trawangan : Rp75 ribu (1 pax)
6- Two nights Homestay at Trawangan : Rp200 ribu (1 pax)
7- Bicycle rental at Trawangan : Rp50 ribu (1 pax)
8- Shuttle + Ferry ticket to Senggigi : Rp100 ribu (1 pax)
9-one night (aircond room) : Rp100 ribu (1pax)
10- another two nights hotel (bilik kipas) : Rp175 ribu (1pax)
11 - Two days scooter rental : Rp60 ribu (1 pax)
12- Petrol,Parking,Entrance fee for two days = Rp85 ribu (1 pax)
13- Airport Transfer from senggigi : Rp112.5 ribu (1 pax)
14- Souvenir + Makan (depends makan and beli ape)


so agak agak murah ke mahal? biasa je kan. percutian budget. kalau ada ape ape soalan jangan segan silu tanya kat abam. kat bottom blog ni ada form untuk korang isi or kontek je abam kat salah salu media social profile abam .take care!
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *