JELAJAH HOUSTON USA

10:49 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA,

 

 

ok lepas jelajan istanbul, TH naik lagi flight ke Houston, USA. sebenarnya masuk ke USA ni atas dasar kerja, ada OTC (oil and gas technology conference) .so ada sana dalam seminggu untuk conference, alang alang dah seminggu kat sana, kita explore sekali lah. bukan senang nak masuk USA kan.

 

nak cerita betapa ketat proses nak masuk USA, dari malaysia lagi kena amek VISA. tu normal proses lah kan. lepas tu dari airport istanbul, nak checkin kat kaunter turkish airlines pon dah kena soal selidik, nak pegi untuk ape, berapa lama, tinggal mana. semua dia mintak alamat.

 

habis satu pasal checkin, lepas tu lalu kastam sebab nak keluar dari istanbul, sampai kat departure hall, sebelum masuk waiting hall tu, kena lalu lagi satu security checkup. dia tanya benda yang sama. kali ni hand carry luggage dia akan scan. ada jugak yang tersadai lama sebab detail dia cek. TH lepas. lepas tu baru naik flight selama 12-13 jam lagi. kali ni bebetol jetlag. beza zon masa 12jam. malaysia pagi, HOUSTON malam.

 

sampai je kat airport george bush houston, usa, kena lalu lagi kastam diorang. standart procedure lah kan. tapi pegawai dia garang oh! bila sampai my turn, tetiba pegawai dia tanya banyak. “what is your name sir? , where are you from? , what are you doing here?” banyak pulak soalan dia. lepas dah jawab semua, dia cakap “sir, please stand at the center of the hall” .. sudah, kenapa pulak dah. tunggu punya tunggu, TH kena bawak masuk dalam detention room. gila nebes lah. masuk dalam tu, banyak mexican yang kena masuk dalam tu. tanya la officer dalam tu kenapa kena masuk. dia jawab “everyone enter USA for a reason isnt it? we want to know further about you” kimak jugak rasa cara dia jawab.

 

hampir dua jam dalam tu, nasib la ada sorang uncle ni dari malaysia jugak. dia kena jugak. sembang punya sembang rupanya dia nak ke conference tu jugak. rupanya kitorang kena tahan sebab nama depan ada ‘MOHD/MUHAMMAD’. gila insecure diorang ni. tapi bila dah masuk jumpa pegawai atasan diorang, pegawai tu rilek je. cakap baik baik. siap tanya masuk untuk apa and bila tunjuk surat jemputan terus dia cakap “ouh, you are our country guest, I am really sorry sir. you may go” senang kan!

 

so bila sampai sana, just stay motel sajor. murah tapi bilik dia boleh stay satu famili. luas! dah la stay sensorang. and thanks god, I have friend there. nama dia Steven, dia ni penah datang kompeni kitorang. so bila TH pegi USA, dia lah banyak bawak kuar makan, jenjalan, shopping.

 

steven. haha PM for best price.

 

 

so since houston takde ape sangat, kalau malaysia houstin ni macam putrajaya. lebih kurang la. tapi lagi best. disebabkan almost summer, so matahari lambat terbenam sikit. and steven sempat bawak TH pegi picnic american style. diorang ni suka lepak kat park. beli makanan makan situ. kalau tak pon diorang lepak sampai sembang and main main je. thanks steven!

 

 

ni la park dia. steven cakap dia pon tak pernah datang sini.

 

 

so wiken dah enjoy, weekdays, kerja lah pulak. pengalaman baru bila kena jumpa and meeting dengan orang nigeria, mexico, usa and jepun. best. sebab tak pernah buat bebenda ni. new things for me.

 

 

belanja lah sikit gambar hensem kat houston.

 

 

seriously, nak cari makanan halal sana a bit susah la. tapi kedai makanan arab halal ada je sana. and kalau rajin jalan sikit, diorang ada macam little india. kat situ banyak makanan halal. nak chinese punya maknan halal pon ada. mamak pon ada. kedai halal meat pon ada. ok dah. seminggu stay sana, dah penat kerja, balik meleysia. seminggu jugak jetlag balik dari usa ok! masa perjalanan balik, ada transit 6 jam kat istanbul. so keluar jenjalan kali kedia kat istanbul. then sambung perjalanan. ballik malaysia nak selaraskan balik jam badan ni ambil masa jugak.

 

 

 

thank you steven. maybe on 2016 I’ll be back to USA. visiting LA or CA. and you will be my guide again isnt it? haha! cheers!

ISTANBUL AKU DATANG

2:24 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

haritu berpeluang ke istanbul. atas urusan kerja. sebenarnya  nak ke Houston USA, tapi sebab nak jenjalan, saya mintak kawan dari travel agent book ticket turkish airlines. boleh singgah melawat istanbul sekali. kebetulan ada layover untuk sehari semalam. so amek kesempatan tu jenjalan around istanbul.

 

 

 

perjalan dari KLIA ke HOUSTON USA mengambil masa selama 23 jam. dari KLIA ke TURKEY ambil masal 12 jam macamtu. penat tahu! sebab merentas greenwich dan tukar zon masa. diorang lambat dari malaysia. turkey dalam 6 jam lambat dari malaysia.

 

 

so bertolak dari malaysia dalam tengah malam, sampai istanbul awal pagi. walaupun baru habis musim bunga nak masuk musim panas, sejuk jugak istanbul. keluar airport tunggu airport transfer ke hotel, sejuk bernafas keluar asap. kakaka. last jakun macam ni bila ke korea haritu.

 

 

masa kat istanbul, TH stay kat butique hotel. TOM SQUARE BOUTIQUE HOTEL nama hotel tu. nice tempat dia. sebab situ macam kawasan perumahan rakyat istanbul yang dijadikan hotel. menarik. bilik dia bersih dan selesa. satu malam just about RM200++ aje harga dia. agak murah la. travel sensorang kan. carilah tempat yang macam best dan selamat sikit.

 

 

lepas checkin, terus naik atas mandi mandi, then siap siap nak jenjalan around istanbul. like seriously, seluruh istanbul tu boleh cover dalam masa sehari je. tapi tak naik la cruise semua tu. macam hagia sofya, blue mosque, grand baazar, topkapi palace and many more. boleh reach dengan jalan kaki je semua tu.

 

 

IMG_4019

 

 

mula mula sekali bila mintak maps kat tuan hotel, suruh dia ajar nak ikot jalan mana. lepas je keluar dari hotel, terus lupa. so jalan ikot suka jelah. nasib baik mintak kad hotel. takot sesat boleh la suruh pakcik teksi hantar. memang tawakkal aje pegi jalan tu. ikot jalan mana orang ramai. so tempat pertama terjumpa bila jalan ikot suka ni is little hagia sofya. tanya penduduk tempatan tu diorang kata ni hagia sofya tapi versi mini. tapi yang ni lebih kepada masjid. nak masuk kena tutup aurat, bukak kasut. free je masuk sini.

 

 

IMG_4026

depan pintu masuk little hagia sofya.

 

 

IMG_4028

 

dalam dia. cantik sangat. for us muslim, kalau tetempat macam ni kita boleh masuk sampai ke depan. sebab untuk non muslim diorang ada buat had. so sape nak solat sunat tu boleh je.

 

 

IMG_4023

ni gambar dari luar. depan pintu ni sikit ada pakcik jual jus delima. sedap.

 

 

habis jenjalan dalam tu, masa pakai kasut bersembang dengan kapel ni. tanya punya tanya, rupanya diorang orang australia. dia tahu TH dari malaysia, terus diorang tanya “hey..whatsup with the MH370..” the jawab la “I have no idea..” yelah, masa pegi sana tu isu MH370 ni masih panas lagi. yang paling rugi, lupe minak fb diorang. yelah, dah bua kawan baru kan. keep in touch la. betol tak. habis tu dah keluar sana, terus belek belek maps lagi. tanya penduduk nak ke hagia sofya pulak cemana. diorang tunjuk tempat tu dekat je. so jalan straight je dari situ. nasib la tak panas time tu. takdelah berlecak ketiak jalan time tu.

 

so my next stop is blue mosque or nama lain dia SULTAN AHMED MOSQUE. ni lah salah satu tempat idaman nak pegi. alhamdulillah berkesempatan melawat masjid yang sangat best ni. untuk pengetahuan, sila hati hati kalau datang area ni. ada sindiket yang kononnya nak jual buku guide, once korang kata nk beli, dia akan mintak dan paksa korang bagi duit yang banyak. dah penah kena. nasib dia sempat rampat 20 turki lira aje. sebab masa tu polis nampak, so diorang kejar dia. tapi 20 turki lira tu ada la dekat rm50 ringgit gak.

 

 

IMG_4038

ramai kan? tapi tak lama barisan ni. kejap je.

 

untuk pengetahuan, bila waktu solat, diorang akan tutup masjid ni untuk non muslim. bagi laluan untuk solat dulu. lepas tu baru boleh masuk. so kalau yang muslim pegi melawat sini, bertuah la. ada keistimewaan.

 

 

IMG_4041

cantik kan dalam tu?

 

 

IMG_4049

ramai yang masuk dalam tu. kena bukak kasut. rasanya kena buat rules untuk bukak stokin sekali. bau kepam stoking yang amat hahaha

 

 

IMG_4245

 

 

dalam ni jugak, ada barrier. non muslim ada had je boleh melawat. yang muslim boleh masuk sampai ke depan mimbar untuk solat sunat. pehtu amek kesempatan la amek gambar. orang tak ramai pon kat area dalam tu. aman je nak amek gambar dah beriktikaf sekejap. sangat tenang. gambar ni masa second time layover nk balik dari houston ke kl. uncle ni sorang GM dari syarikat oil and gas dari malaysia. jumpa dia kat houston pehtu terjumpa lagi airport. so jalan sekali dengan dia lah kali kedua ni. jadi tour guide pulak kan.

 

 

IMG_4047

kosong je kawasan ni. sebab non muslim takleh masuk. best!

 

 

 

IMG_4068

gambar kat dataran masjid ni.

 

 

ok next stop! ni baru nak ke hagia sofya bebetol. nama dia aya sofya boleh, hagia sofya pon boleh. sama je. pakcik rakyat tempata tulah bgtaw kat saya. nasib pakcik tu leh cakap arab, so leh la tanya sikit sikit. kalau ada sesetengah tu tak reti cakap arab, kita nk cakap turki tak reti, cakap omputeh depa kurang paham pulak. disebabkan hagia sofya ni muzium, so masuk kena bayar. aroun 30 ke 60 turki lira tah. dah lupa. kalau takde cash leh je dgn kredit kad. hiks! tapi berbaloi masuk dalam ni. sebab ni pon antara sebab tempat yang amat cantik dan antara list tempat nak pegi.

 

 

IMG_4105

cantik kan. tambah ada budak hensem pulak. okbai!

 

 

IMG_4114

hall selepas pintu masuk. ni bukan main hall lagi.

 

 

IMG_4128

main hall. tapi masa pegi ada kerja pemulihan sikit.

 

 

IMG_4169

view dari atas.

 

sebenarnya hagia sofya dulu adalah church, lepas ditawan, diajdikan masjid. apa yang sedih sikit is kerajaan turkey tak hilightkan tempat ni as masjid sangat. lebih kepada church. maybe sebab banyak pelancong eropah kot yang datang sini. so lukisan lukisan unsur kristian yang penah ditutup oleh kerajaan islam selepas tawan tempat ni, diorang macam kikis balik sebab nak tunjuk.

 

 

IMG_4129

 

 

disebabkan ni one day trip, tak sempat sangat nak explore makanan diorang. tapi yang pastinya eskrem turki tu sempat la rasa. and seafood diorang sangat segar. alahh.. nasik arab tu kat meleysia banyak kan. so tak kesah sangat. tapi wajib pegi sini, korang melantak diorang punya kebab, manisan dan the. tiga benda tu kena rasa. murah je bebenda tu kat sini. sebab makanan tempatan kan.

 

 

IMG_4021

salah satu kedai yang TH suka pegi. dedekat hotel aje.

 

 

next stop! grand baazar, tapi tuan hotel dah bgtaw, tempat ni barang dia mahal sikit. so kalau nk beli tempat lain pon boleh. seriously, tempat dia cantik. banyak barang jual. manisan, emas, tudung, souvenir. and korang kena rajin bargain kalau sini. kalau diorang tak bagi kurang, korang blah je. kadang2 diorang panggil balik bagi harga yang best. kalau tak pon bantak kedai lain lagi,

 

 

IMG_4205

pintu gerbang grand baazar.

 

 

IMG_4208

cantik kan dalam ni.

 

 

sebenarnya, dalam grand baazar ni tak banyak amek gambar sebab sebok bargain beli barang. shawl kat mak, pehtu baklava sume tu. kenyang pegi food tasting kat semua kedai baklava. xyah beli bebanyak pon takpe. sebab dah rasa semuanya. haha! jimat! lepas tu nk keluar dari situ nak amek gambar, ada sorang mamat turki ni mintak nak amekkan gambar. gila kau nak bagi kamera, dia bawak lari ke nnti gila je. sebab muka dia muka xleh percaya. better kalau tetmpat macamtu xyah percaya orang sangat. kata nak tolong, nnti dia mintak duit. tak bagi duit dia tak bagi kamera. habis jenjalan granz bazaar tu, pegi jenjalan area garden depan topkapi palace. tapi tak masuk la. malas. tapi diorang kata dalam tu rambut nabi, pedang nabi ada jugak dalam tu. takpelah next time nak pegi lagi istanbul. nak jelajah seluruh turkey pulak.

 

IMG_4191

ni depan topkapi palace.

 

 

bila habis jalan tu , officially dah habis jenjalan area pekan istanbul, tapi ada yang sebelah sana yang dataran ape tah. tak boleh pergi. sebab hari pergi jenjalan ni hari cuti pekerja, so tren takde lagipon tengah ada rusuhan area sana. better takyah pergi. tak selamat. lagipon polis tourist cakap xyah pergi. tuan hottel pon dah pesan sensiap. so next time pergi nk stay hotel tu lagi. best!

 

so korang korang yang nak tengok gambar banyak lagi pasal travel, visit my facebook page : taufiq helios or boleh follow my instagram page : www.instagram.com/taufiqhelios. kakakaka promote sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *