Kembara Media Jubli Emas Felcra

11:38 AM

 
SALAM SEJAHTERA
 


Kalau bercerita pasal FELCRA mesti ramai tak taw sangat kan? kalau sebut FELDA mesti semua dah tahu sebab felda ni feymes. meh cerita sikit pasal FELCRA.
 
ff
"Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional. " sumber ; Wiki FELCRA
 
baca juga : FELCRA FAQ
 
 
Bersempena jubli emas felcra, pihak FELCRA Berhad ada buat satu event konvoi media ke Lumut,Pperak untuk mendedahkan kejayaan FELCRA kepada media. Event ni dipanggil "Kembara Media Jubli Emas Felcra Berhad" dan dalam event ni,  50 kereta telah berkonvoi ke Lumut,Perak. Antara peserta yang terlibat adalah pihak Felcra dari wilayah wilayah lain termasuk Pahang, Terengganu dan lain lain lagi. Kami geng hai blogger!  juga dijemput atas tiket media bersama dengan media arus semasa yang lain.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 09 42 17
 
 
 
 
Hari Pertama, (23/09/2016) kami bertolak seawal 7 pagi dan berkumpul di Restoran Jejantas Sungai Buloh sementara majlis pelancaran berlangsung di sri pentas. Pendaftaran media yang menyertai konvoi ni dibuat di kawasan restoran jejantan sungai buloh. kami diberi pelekat kereta dan duit elaun tol dan minyak dari FELCRA bernilai RM300! satu kereta. wohaa!! thanks FELCRA sebab menjaga kebajikan peserta konvoi.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 09 51 25
 
 
 
Kami bertolak dalam pukol 10.30 dari Sungai Buloh dan exit di Sungkai dan kami berhenti untuk solat jumaat di masjid dekat kawasan Jalan Kampung Teluk Rabiah. sorry TH terlupa nama masjid tu. Habis solat, teruskan perjalanan. rasa lunyai gila dalam kereta. hampir 5 jam perjalanan tak sampai pon lagi.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 13 24 10
 
 
 
Ikot punya ikot kereta leading kat depan, rupanya kami terpisah dengan konvoi dan leader depan pulak tak sure jalan. Sepatutnya sampai di Felcra Lekir, kami terus sampai ke Hotel Swiss Garden iaitu tempat penginapan kami malam nanti. jauh kot sesat! 20 minit perjalan patah balik ke Felcra Lekir.
 
 
 
IMG_1524
 
 
 
Jamuan Desa sempena menyambut Kembara Media Jubli Emas Felcra ni meriah. Makan sedap-sedap orang Felcra Lekir sediakan. Ada deroyan (durian) dan moktan (rambutan) siap! Maka kami geng media makan lah dengan lahapnya. kat sini dapat goodies ikan bilis.
 
 
 
IMG_1429
 
 
 
Sementara makan tu, generasi pertama antaranya Haji Hamzah yang merupakan peserta generasi pertama menyediakan tayangan multimedia dan bercerita macam mana permulaan memugaq (bukak) Felcra ni. Cukup susah katanya. tapi berkat usaha gigih, akhirnya Felcra Lekir ni dah jadi maju.
 
 
 
IMG_1496
 
 
 
 
Setel makan, pihak media yang ada dibawa melawat kawasan kampung menaiki traktor berhias. meriah sangat! Traktor berhias kami disertai oleh salah sorang ketua kampung di Felcra Lekir, Haji Hamzah. sepanjang perjalanan, Pakcik Hamzah bercerita mengenai sejarah sejarah Felcra dan menunjukkan kemajuan yang dicapai penduduk Felcra Lekir. dari tanah terbiar sampai jadi sebuah perkampungan yang super cantik! Hasil usaha peserta dan sokongan dari Felcra. Habis program petang tu, kami sambung berkonvoi ke hotel dan bermalam disana.
 
 
 
 
IMG_1516
 
 
 
 
Untuk slot malam. pihak Felcra telah menyediakan slot khas bagi kami pihak media bersama pengerusi Felcra iaitu Datuk Bung Mokhtar iaitu Networking Dinner bersama Media.
 
 
 
 
IMG_1605
 
 
 
 
Datuk sampai je dia terus suruh semua dinner dulu and lepas tu baru dia bagi ucapan. dalam ucapannya, Datuk Bung meminta pihak media untuk menulis dan memperkenalkan Felcra supaya orang ramai lebih mengenali Felcra.
 
 
 
Photo 23-09-2016, 20 24 07
 
 
 
 
Nasib baik datuk tak berucap lama dan lepas sesi ucapan dan temu ramah, ada pulak pertandingan karaoke. Alhamdulillah dengan desakan neyra dan rakan blogger yang lain, TH saje je join and tak sangka pulak dapat tempat ketiga. Tak kurang jugak cabutan bertuah malam tu sangat superb. Hadiah paling grand yang ada malam tu is LED tv 43 inch. Telan air liur jelah tengok orang lain dapat. Ingatkan da habis dah felcra buat suprise kat kitorang, rupenya ada lagi. malam tu jugak kitorang dapat kain dari jekel. Alhamdulillah raya tahun depan tak payah beli kain dah. tinggal nak tempah je.
 
 
 
 
Photo 23-09-2016, 23 20 26
 
 
 
Hari kedua (24/9/2016) kami bangun seawal 5 pagi dan checkout dari hotel dan bergerak pukul 6.30 pagi sebab rombongan kami ada program bersarapan ni Pusat Benih Padi Felcra Seberang Perak, Perak. dapat goodies lagi hakhak! Kali ni sebab melawat pusat benih padi, kami semua dapat goodies beras baru. beras fresh! yeah dah ada ikan bilis. dah ada beras. boleh buat nasi lemak dah ni.
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 59 12
 
 
 
 
Kalau korang nak tahu, Pusat Benih Padi Felcra Seberang Perak dah beroperasi dari 1991 lagi. Dengan keluasan 10 ribu hektar, kuota pengeluaran bagi pusat ni dah mencecah 8.8 ribu matrik tan setahun. Pusat Benih Padi ni jugak selain mengeluarkan beras, diorang pon ada keluarkan benih padi untuk para petani. kalau dulu benih padi hanya dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 23 37
 
 
 
 
 
Selain tu, kat sini jugak ada team R&D sendiri dan felcra jugak merupakan pioneer bagi teknologi padi clearfield di malaysia. apa itu padi clearfield? Setahu TH dari bacaan sikit sikit, padi clearfield ni adalah padi kebal racun rumpai yang digunakan bagi membasmi padi angin. So maksudnya peratusan untuk padi angin bercambah biak dan merosakkan padi adalah kurang dengan adanya teknologi clearfield ni.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 22 26
 
 
 
 
Lepas taklimat, kami semua dibawa untuk menyaksikan demonstrasi ELA Gyrocopter yang digunakan untuk proses pembajaan dan meracun. Untuk pengetahuan,Ggyrocopter ni dibeli dari Eropah dan FELCRAjugak merupakan pioneer dalam penggunaan Gyrocopter ni. Dari segi kos, Gyrocopter ni hanya menggunakan minyak RON97 instead of guna kerosin iaitu bahan api kapal terbang yang agak mahal.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 42 18
 
 
 
 
Selain tu, Gyrocopter juga menjimatkan kos dari aspek tenaga kerja dan masa. dalam masa yang sama, FELCRA juga buat demonstrasi Penanaman Padi menggunakan Jentera Tanam (Transplanted) dan Pointed Seeder yang mana penggunaan jentera tanam padi dapat membantu dalam meningkatkan penghasilan padi yang berkualiti tinggi.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 09 54 12
 
 
 
 
Lepas habis sesi penerangan dan taklimat , kami dibawa pulak untuk sesi pengenalan dan penerangan Koperasi Peserta Peserta Felcra Seberang Perak di Dataran Koperasi. Goodies time! Dapat goodis barang barang koperasi pulak. Kerepek dan segala makanan sedap semua dapat.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 12 36 04
 
 
 
 
Taklimat disampaikan oleh Pengerusi Koperasi sendiri. Koperasi ini telah ditubuhkan dan didaftarkan semenjak tahun 1986. Pada asalnya koperasi ini dianggotai hanya seramai 315 peserta. dan hanya berbekalkan saham bernilai RM35,000.00. Diceritakan, pada permulaan, modal dikutip hanya berjumlah 10sen dari setiap peserta. Sehingga tahun 2016, bilangan ahli meningkat kepada 1,832 orang dan saham terkumpul adalah sebanyak RM4,211,155.72 manakala nilai urusniaga sehingga tahun kewangan terkini adalah berjumlah hampir RM40 juta. Selain menjalankan aktiviti perniagaan yang biasa, koperasi ini jugak memiliki 300 ekar tanah yang dijadikan sebagai Mini Estet dan mendapat beberapa kontrak teknikal dari kerajaan tempatan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan diatas adalah sumber utama pendapatan koperasi seterusnya menyumbang kepada pengahihan dividen yang tinggi kepada peserta. Pencapaian terkini mereka adalah mendapat pengiktirafan sebagai koperasi terbaik bagi empat tahun berturut turut oleh KKLW.
 
 
Selesai sesi pengenalan, kami dibawa melawat ke perumahan generasi kedua Felcra sebelum ke Pejabat Besar FELCRA Seberang Perak untuk majlis makan tengahari dan penutupan program.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 13 00 20
 
 
 
Dalam ucapan penutupan oleh Pengurus Besar FELCRA, beliau berharap agar pihak media dapat mengwar-warkan mengenai kejayaan yang telah dicapai oleh felcra dan berharap semoga kawasan pertanian FELCRA di Seberang Perak akan dikekalkan statusnya sebagai kawasan pertanian dan tidak diubah menjadi status kawasan pembagunan. Selain itu, bersempena program kembara media ini jugak, felcra telah melancarkan tagline baru iaitu "PERAK". Tak dilupa. goodies ketujuh jugak ada kat sini. dapat hamper selepas majlis bergambar dan penutup.
 
 
 
 
Photo 24-09-2016, 15 02 47 (2)
 
 
 
 
Overall, pengalaman TH bersama felcra selama 2 hari adalah sangat membuka mata mengenai apa itu FELCRA dan kejayaan yang dah diorang kecapi. Orang ramai patut diberi pendedahan yang lebih untuk mengenali FELCRA. Terima kasih felcra dengan semua elaun dan goodies yang amat banyak sepanjang program berlangsung. akhir kata, FELCRA kaya kot!

KEMBARA EROPAH : PARIS

3:39 PM



Salam Sejahtera

bersempena MAS buat promo RM999 ke London, meh abam nak ajak semua kembara ke bumi eropah sikit. tapi kali ni kita just cerita untuk paris dulu okay. ceritanya, trip abam ke eropah kali ni meliputi tiga negara. FRANCE (paris) , HOLLAND (amsterdam) dan ENGLAND (london). flight kitorang haritu dari Kuala Lumpur ke London Heathrow. 13 jam perjalanan. sampai je kat london punya airport, rushing ke St. Pancras punya station. dari heathrow naik bas ke main terminal untuk naik subway ke St. Pancras nak kejar bullet train ke Paris.



bullet train from london to paris


kalau tak silap 4 jam kot naik train ke paris. yan pastinya sejam pertama kitorang berjaga sebab eksaited. dah lama tu rasa dah bosan. semua tido. dekat nak sampai tu semua terjaga dan semua sakit kepala. rasanya sampai paris pon dah pukul 11 lebih malam time tu. sampai je dekat stesen (lupa nama stesen) tapi macam KL sentral lah. oh wait. nama stesen tu Gare du Nord. rushing menapak ke hotel.sampai je hotel dah pukul 12.30 tengah malam. nak checkin tetiba owner tu cakap dia dah kensel kitorang punya booking atas sebab  kitorang lewat sampai. frust gile! dah la negara orang. tengah malam dah tu. most of hotel penuh. mana nak cari hotel lain ni. last sekali owner hotel tu bagi solution, dia ada kontek hotel lain tapi jauh sikit lah. tak kesah asalkan ada tempat tido. turn out hotel yang baru ni lagi better dan lagi bersih. blessing in disguise maybe?



depan hostel yang murah tapi selesa nak mati

punya penat malam tu. mandi then tido. pegi eropah musim summer memang siang dia awal kan. around 6 a.m dah terjaga sebab dunia dah terang benderang. lupa pulak. tingkap tak tutup pulak tu. yeih! first morning di eropah. mandi mandi terus siap kelaur untuk explore paris. and tempat first kitorang pergi is Sacre-Coeur de Montmartre. kat situ ramai kawan kawan dah nasihatkan jangan naik tagga sebab banyak nigga kat situ diorang akan ikan friendship tali ke ape tah. dan diorang takkan bukak selagi kita tak bayar. kami semua naik, kena kepung dan selamat lari. melainkan sorang je terkena. tapi at the end diorang lepas je dia. thank God.


Sacre-Coeur de Montmartre


naik atas sana. sangat cantik. boleh nampak pemandangan kota paris. rasa puas degan segala drama orang kulit hitam kepong kitorang tadi. kalau korang nak tahu, kat eropah ni banyak church or chapel aje. so yang kitorang naik ni salah satu church lama yang terkenal.



pemandangan dalam. masa masuk tu ada diorang tengah ada prayer.


next stop! kitorang ke Notre-Dame de Paris pulak. ni pon salah satu chapel diorang jugak. kan notre-dame ni feymes dalam filen hunchback of notre-dame. haa sinilah tempatnya. naik train dari montmatre ke stesen St. Michel Notre-Dame. jalan sikit, tanya orang dan sampai.



Notre-Dame de Paris.


and bila sampai sini. nasib kitorang agak baik. walaupun kena beratur panjang, tapi cuasa baik. tak panas sangat. dan line pon takde lah lambat sangat. nak jugak masuk dalam tengok ada apa. biasalah kalau chapel ada ape je dalam tu kan. and diorang tgh ada prayer jugak time tu.



inside Notre-Dame de Paris.


habis melawat dalam tu terus kitorang naik train lagi nak ke Champs Elysees sebab diorang kata nak pergi shopping kejap. disebabkan rasa tak minat nak shopping kat sana. kami berdua tak join. tapi meraba jalan jalan kat street around that. kawasan tu macam golden triangle lah. semua branded item ada. Long Champ pon murah jugak kat situ. jalan jalan lapar. nak makan beef takot tak halal. pergi la kedai pizza then order Quattro Formaggi pizza ( piza 4 cheese) and pasta seafood. kebetulan pakai baju tie-die, pakcik kedai tu ingat TH orang brazil. kah! dia siap cakap “we have Brazilian visitor” . lantak dia lah. gua dah lapar. coffee dia sedap!


habis makan jalan jalan lagi. dah janji dengan diorang nk jumpa around 3. turn out bebudak ni sesat. almost 2 hour jugak tunggu. tapi..tulah. takkesah lah. (walaupun bengang) sebab tak suka tunggu orang lama lama sebenarnya. tapi alasan munasabah. so kira aci jelah.




fefeling piknik


habis diorang shopping, kitorang nak gerak ke Musee du Louvre pulak. nak jumpa cik monalisa. disebabkan dah beli museum pass, so masuk jelah dalam tu kan. first sampai jakun sangat sebab binaan dia lawa gila! tapi bila dah masuk dalam tu makcik tu kata “sorry because today we close early, please come again tomorrow” sempat jalan jalan kejap je dalam tu.









dah dalam dah tutup. keluar tu ape lagi. melacur ambil gambar lah banyak banyak kat louvre tu. bukan senang nak sampai. dah la tempat cantik pulak tu. ambil gambar sampai lebam lah gayanya.



tempat amek gamba acah acah pegang bucu piramid kaca tu tapi tak sampai sebab pendek. haha



sudah. bila tengah amek gambar fefeling depan tu. tetiba polis datang halau sebab diorang nak tutup dataran tu. ada function la kot. siap halau guna anjing. so bila dah pening nak cari stesen tren terdekat, kitorang amek keputusan gamble naik bas. tak kesah sangat sebab dah beli unlimited two day transportation pass. so gasak jelah naik.

nasib lah sistem bas dia pon senang nak faham. kalau kat malaysia? mampos sesat dulu. so kitorang naik jelah bas ke Invalides. turun situ untuk naik train ke Tour Eiffel. sebenarnya tak teringat langsung dekat area invalides tu ada jambatan yang orang dok gantung pad lock tu. yang macam kat bukit bendera tiru tu. haa yang tu lah. nasib baik benti sana and jumpa jambatan tu. kalau tak, tak lengkap la ke paris tak pergi ke jambatan tu.









masa kitorang pegi tu polis pelancong cakap lock tu diorang dah banyak buang. sebab dah berat sangat. so diorang ganti dengan board baru nk gantung lock tu. haha sia sia sape pegi letak manggga kat situ kan? and kalau da tak silap sekarang semua lock dah dibuang sbb berat.


dah pukul 7 lebih pon masih terang benderang. alang alang dah sampai. naik kejap jambatan tu. tapi taktaw kenapa time tu xramai orang. ok lah sebab senang nak amek gambar. habis jalan jalan situ. around 8p.m kiotrang naik tren ke Tour Eiffel dekat area Champ de Mars.


Tour Eiffel aka Eiffel Tower


Niat hati tu teringin nak naik kat observation deck diorang. sebab ada museum pass, boleh naik free. tapi orang ramai. malas lah nak beratur. so kitorang lepak je kat situ. dah pukul 9.30 malam pon langit terang benderang lagi. nak tunggu sampai diorang bukak lampu menara tu. lama la pulak. lama lama dah tak kuasa nak tunggu. kitorang balik jelah. sebab dah lewat. tak dinner lagi. sampai je dedekat hotel, terus cari makanan. habis hari pertama. banyak jugak dah cover.

Second day kat paris, kitoang harini jelajah luar paris. perjalan sejam lebih nak ke Chateau de Versailles. nak kesini kena beli tiket asing. sebab dia dah luar zon bandar paris. murah je. ramai jugak la yang nak pergi sana. and dari stesen train nak ke exact tempat tu kena jalan ada dalam 15mins lebih. macam jauh jugak.



beratur nak masuk


perkarangan dia


masuk dalam sana sekali lagi rasa terpegun dengan binaan dia. sangat cantik. sebenarnya kalau tak silap tempat ni adalah istana lama. luasnya toksah cerita lah, kitorang ronda dalam sana separuh hari pon tak habis lagi. kalau complete sekali taman luar rasanya kena sehari jugak ada kat sana. tapi tak kuasa lah. sebab ada date dengan makcik monalisa pulak.


lawa binaan dalam ni


suka lantai dia



cantik ya ampun dalam dia


Hari kedua pon kami pegi balik ke louvre. sebab tak puas hati semalam tak smepat jalan jalan dalam museum tu. tak kesah pon sebab ada unlimited museum pass. untuk dua hari. so masuk keluar berapa banyak kali pon tak kesah. bila jalan jalan dalam sana. baru sedar, apelah yang ada dalam sana kecuali hasil seni yang kitorang semua tak faham. tapi layankan jelah sebab nk pegi jumpa makcik monalisa tu. bila sampai hall yang ada potret monalisa tu tengok ramai gila orang. so berhimpit2 nak amk gambar. dah sampai depan. elehhhh potret monalisa yang feymes tu rupanya kecik je. serius ingat besar.


tu haa. kecik ja kak mona kat belakang tu


sudah! meluat! rasa tertipu! tapi atleast dah sampai kan. rasanya dah cover semua tempat penting di paris. kebetulan malam tu pulak kitorang kena rushing nak naik bas ke amsterdam pulak. tapi sebelum ke tempat bas tu kitorang stop kat Arc de Triomphe dulu nak snap amek gambar kejap.




habis snap gambar, bergegas ke Porte Maillot pulak. nak naik bas.naik bas ye. naik malam. sebab murah and nak jimat kos hotel. naik je bas. tidur dalam bas. dari paris ke amsterdam. lalu Brussels. berhenti berak kat Brussels so kiranya dah pijak bumi brussels la kan? hiks! gambar dalam entri ni kebanyakannya guna gopro je. nak gambar guna dslr pegi lah tengok kat istagram TH tak pon pegi tengok kat facebook album TH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *