Niat Puasa Ramadhan | Niat Sebulan Penuh Ramadhan

8:43 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

untuk readers TH yang beragama islam, starting esok akan bermula lah satu ibadah grand iaitu puasa. kalau nak puasa tu jangan lupe niat puasa. jum kita tengok2 niat puasa. bukan semua tak tahu kan. tapi jum lah check sekali lagi. kita bagi ingat balik niat puasa ni.

 

 

Niat Puasa :

 

ini niat yang ringkas :

 

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

 

“sahaja aku berpuasa di bulan ramadhan kerana Allah Taala”

 

 

niat yang lengkap :

 

 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

 

 

sebenarnya lafaz niat yang mana satu pon dah sah dah dikira. dan ada satu niat lagi ini lump sum terus niat untuk sebulan dan ada yang mengatakan ini adalah niat mengukut mazhab bukan dari mazhab syafie. dan mengikut  pendapat ulamak yang lain kita boleh berniat taqlid (mengikut) niat mazhab yang lain sebab ditakuti nanti kalau-kalau kita terlupa niat tiap-tiap hari. jum tengok lafaz niat untuk sebulan :

 

 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

 

 

 

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

*dipetik dari belog : Blog Apih

 

 

 

TH : alhamdulillah berjumpa juga dengan Ramadhan tahun ini

#xplay11 by @xpaxsays | thanks also to @nuffnangmy #innit

2:40 AM

 

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

Photo0351

 

 

TH baru je balilk dari satu event anjuran Xpax iaitu Xplay. untuk pengetahuan semua,Xplay kali ini diadakan di The Opera,Sunway Pyramid. Disamping itu, untuk xpax xplay malam ni juga berlangsung pertandingan akhir battle of the band. berikut senarai artis yang membuat persembahan dan juga senarai pemenang untuk battle of the band.

 

 

senarai artis yang membuat persembahan :

 

  • Estrange
  • Funky Kopral
  • Projek Pistol
  • Wicked Aura
  • MC Vibe
  • DJ Point

 

 

 

senarai pemenang battle of the band xpax ;

 

1 – S.O.G

2- Radio Island

3 – Rhythm Nation

 

 

 

as for me, event malam ini sangat best! superb! and rawk! semua persembahan yang ditampilkan sangat best. WOot! Woot! and also thanks to nuffnang sebab meng-invite TH ke event Xplay yang sangat OHSEM ini.

 

 

 

Photo0354

 

 

TH : malam ni AKMAL HILMI pon join TH gak tadi

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

10:21 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

setelah hampir setahun berlalu (pusingan dari satu ramadhan ke satu ramadhan) alhamdulillah sekali lagi kita diberkan peluang untuk menjalani ibadah puasa pada kali ini. bulan ramadhan, bulan yang mulia. dan di dalamnya terdapat begitu banyak kebaikan. diantaranya :

 

 

  • amal kebajikan akan digandakan pahalanya.
  • di dalam ramadhan terdapat suatu malam yang mana ianaya lebih baik dari seribu bulan.

 

 

maka rugilah kita jika tidak memanfaatkan sepenuhnya setiap peluang yang diberikan di dalam bulan yang mulia ini. jum kita penuhkan bulan ini dengan amal ibadah yang sepatutnya.

 

 

TH : insyaAllah akan ada slot khas untuk Ramadhan dalam belog TH ni  Nerd smile

#WW Wordless Wednesday 10 – Apekah Itu? 18sx

11:07 AM

 

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

haha-thumb-500x375-5077

 

 

ape itu? haha! tengok dengan teliti ok! #WW – Wordless Wednesday adalah dimana hari para blogger yang join hanya akan memaparkan gambar tanpa meletakkan ape-ape maklumat . biar gambar yang berbicara.

Movie Review - Take Me Home Tonight

12:48 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

Photo0307

 

 

Malan ni TH kuar date dengan pakwe. pakwe cakap dia dapat tiket dari kawan. so, ada kelapangan, TH join la pakwe untuk premier screening movie bertajuk TAKE ME HOME TONIGHT .  jum tengok sinopsis cerita TAKE ME HOME TONIGHT ni.

 

 

filem TAKE ME HOME TONIGHT ini berlatarbelakangkan era 80-an dan mengisahkan MATT lakonan TOPHER GRACE seorang nerd dan penakut tapi pandai. MATT seorang yang takut untuk menghadapi realiti kehidupan dan takut untuk memberi peluang kepada diri sendiri. selepas tamat pengajian, MATT hanya bekerja di sebuah kedai video walaupun mempunyai keputusan yang cemerlang. ini semua kerana sifat penakut dia. dalam masa yang sama, MATT ada menyimpan perasaan kepada TORI yang satu tempat pengajiannya sejak disana lagi. bila dia bertemu balik TORI setelah tamat pengajian, MATT berpura-pura mempunyai kerjaya yang bagus semata-mata ingin memikat TORI yang juga mempunyai kerjaya yang bagus. maka bermula lah konflik dan gelak tawa dala filem ini... pengakhirannya? nak tahu anda kena tonton sendiri filem bergenre KOMEDI ROMANTIK ini.

 

 

 

RATE : 2.7 stars!

 

Kekuatan : ada babak lawak yang sangat menarik

 

Kelemahan : Jalan cerita yang stereotaip dan sangat mudah diramal. keseluruhan klimaks cerita hanya berlaku dalam satu malam. predictable ending.

 

 

 

TH : thx to pakwe and kawan pakwe.. also Churp-Churp sbb bagi tiket *menmain e la pakwe tuh

MELAKA–UNESCO World Heritage Music Festival 2011

9:27 AM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

IMG_7442

 

 

berpeluang melawat MELAKA wiken yang lepas, TH sempat join satu event by TOURISM MALAYSIA yand diadakan di JONKER WALK. Acara yang berlangsung selama 2 hari bermula 15 Julai banyak membawakan barisan artis dari pelbagai negara. TH pon just join event ni pada malam penutup je. tapi siries best ok! sebab ape? sebab ramai artis yang perform tu sangat best. walaupun diorang tak terkenal di malaysia, tapi di negara  mereka sendiri? who knows.

 

untuk pengetahuan, event ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam dan Menteri Pelancongan Malaysia YB Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen

 

 

IMG_7440

 

 

TH : mood melancong masih tak hilang Smile

GRADUAN ASPIRE 2011 - 16 & 17 JULY | VIDEO PROMO 1 TUBE.MY

3:57 AM

 
 
 
 
 
 
SALAM SEJAHTERA
 
 




anda bakal menamatkan pengajian? anda sudah bergraduasi tapi masih sukar mendapatkan pekerjaan. jum kita berkunjung ke GRADUAN ASPIRE 2011 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Center pada kali ini. GRADUAN ASPIRE 2011 adalah salah satu program dimana pelbagai agensi pekerjaan akan terlibat dan anda akan berpeluang untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai disana.ape lagi . ayuh! sebelum tu, tengok video promo yang telah dijayakan bersama oleh Bapak Aku Punya Studio dan 1 tube.my
 
 

GRADUAN ASPIRE 2011
 
VENUE : KL CONVENTION CENTER
 
DATE : 16 AND 17 JULY 2011
 
TIME : 10 A.M TILL 6 P.M
 
FURTHER INFO : CLICK HERE
 



 


TH : ramai yang akan berkunjung disana.. jangan lepaskan peluang anda ok!

Gambar Sekitar Bersih 2.0

8:40 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

9 JULAI 2011 menampakkan wajah sebenar demokrasi malaysia. TH tak join pon Bersih 2.0 ni sebab TH ada “kerja” kat Times Square. tapi dalam perjalanan TH sempat snap beberapa gambar sempena Bersih 2.0 ini. jum tengok dan korang boleh nilai.

 

 

Photo0275

jalanraya lengang

 

 

Photo0278

lengang lagi

 

 

Photo0276

FRU menunggu ketibaan “pengganas”

 

 

Photo0280

sekatan jalan raya

 

 

Photo0283

polis berkampung di stadium merdeka

 

 

 

Photo0282

lagi polis berkampung

 

 

Photo0284

peserta bersih?

 

 

 

Photo0288

oppss!!! siapa ni. hak hak. TH kuar dgn diorang la tadi ok!

 

 

 

TH baru tengok berita tv3 suku tadi. ramai yang merungut kata rugi takda pelanggan. salah siapa? salah penganjur yang mahu mengumpulkan rakyat di stadium, bukannya di jalanraya atau salah pihak yang menutup segala jalan yang menyebabkan kenderaan tak boleh masuk sehingga menyebabkan lengang sedemikian? salah siapa? rakyat malaysia sepatutnya matang berfikir. and ape yang TH dapat maklumat, tak sempat apa lagi tadi, pihak “berkuasa” dah mula main sembur sembur air.. padahal diorang tak buat apa lagi. so, salah siapa? ok.. inilah demokrasi yang kita junjung. demokrasi pada nama..tapi hakikatnya?

 

 

 

TH : saje TH tinggalkan tanda tanya untuk pembaca menjawabnya

#WW wordless wednesday 8 - OMG! dia baca belog saya

1:00 PM

 

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

#WW

 

 

Presentation10

 

 

*Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :) more on wiki.answers.com

#PartyCostumeTAAP by @budiey and @tayanganunggul

11:59 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

selepas #semputsunday tadik, TH nk updat pasal Costume Party untuk preview filem Tolong! Awek Aku Pontianak pulak. siyes best. ceritanya mula camni, semalam si yana nanako ajak la TH pegi alamanda. katanya nak kejar Remy Ishak. minat la kot. TH layankan je la. mana tawu boleh jumpe Siti Saleha. tapi takde rejeki. samapi alamanda pon tengok ramai gile orang kerumun Remy tu. so TH cakap kat yana, why not,kita twit bro budiey, tanya dia ada mana. boleh gak jumpe. nak jumpe Remy tuh macam mustahil je. so, bro budiey balas kata dia ada kat TGI FRIDAY. so kitorang pegi la lepak kejap dengan bro budiey. perghh..tak sia-sia. dia ajak pergi costume party yang baru berlangsung tadi siang.

 

 

19b03fd3d89048e5aa75a9c7ca734695_7

gambar dengan bro budiey semalam.

 

 

so, today dengan gigihnya, TH dan yana pegi la KL TOWER tu. tetiba, nuraizuddin and nurelyani pon join so, kitorang gerak sekali. habis kereta yani jadik studio mekap. TH mekap sendiri ok. hak hak! tertunjuk pulak skill mekap kat yani dgn yana. malu lah ittew! perghh. sangat best ok event tadi. sungguh happening. tujua perty kostum ini diadakan adalah untuk mempromosikan filem ini yang akan dilancarkan minggu depan.

 

 

credit to : budiey.com

korang jangan lupe pegi tengok muvi ni ok. TH dah tengok preview 30min tadik. sangat enjoy ok!!

 

 

 

dan banyak la barisa artis yang TH jumpe tadik. siriyes!! mereka semua giler best. tak kekwat pon. TH ajak amek pic..sume ok je. layan je. tetambah kak sazzy falak. siap TH twit dia lagi time dia sampai kata nak ajak snap. siap dia bagi approval lagi ok! Smile and selain jumpe artis, TH juga dapat ramai kawan baru dari kalangan yang hadir. tak kira dari press or pembaca blog budiey. ok. double best ok! now. (drum roll!! ) let all the pictures do the talking. ada banyak picca. tapi letak sesikit dah la kan. hak hak!

 

 

262599_10150243865374044_53833404043_7246135_7869475_n

bersama penaja : bro budiey

 

 

IMG_9211

bersama najwa latiff si penyanyi cinta mukabuku

 

 

IMG_9249

zahiril pelakon utama TAAP

 

 

IMG_9328

hot mama! kak sazzy falak

 

 

IMG_9245

bersama host. err.. ape eh nama dia..

 

 

os2ne

meet my new fren. berkenalan dalam twitter

 

 

IMG_9237

new fren lagi Smile

 

 

7tpbf

warghh!! gigit!!

 

TH : lepas habis event, lepaking dgn bro hilal azmi. at last jupe gak kamu kan. dah lama kena, tak penah jupe. kali ni ada rejeki kita kan Smile

#semputsunday EH! INI BUKAN LINK KE? | semput mama taw

10:40 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

7tpbf

GIGIT MAHU??!!

 

 

memberi respon kepada entry bro framestone mengenai hal SPAM LINK dalam satu grup tu. ini pendapat TH la kan. dah kalau admin letakkan rules kata takleh nak spam link or whatsoever kecuali PING entry dan anda pandai2 lah naikkan entry tersebut, TH rasa takde masalah kot korang nak ikot. isnt it? susah ke? lain lah kalau admin gila kuasa..posting dalam grup pon takleh buat. ni dah diberi kelonggaran segala bagai. tu pon tak tahu nak menggunakan sepenuhnya.

 

 

bila dah ditegur cara baik,tak makan saman. memang lah orang akan kasar sedikit. nak sentap? come on lah. sikit-sikit nak sentap. ape kau tu anak raja? sentap je ada yang nak pujuk. then boleh buat excuse “pandai” kononnya kamu tuh budak baru lah. tak tahu rules lah. dik non oii. sebab tu lah orang kata masuk rumah orang bagi salam. tak la nanti kena tetak dengan parang sebab tuan rumah ingat kamu tu pencuri! dah tawu baru, takde inisiatif ke kamu tu nak pegi baca rules yang ada? “pandai” tak bagi kat orang langsung kau kan dik! ni mama nak semput nih.

 

 

dah tu..kalau orang tegur banda betul tuh terima lah. tak kira la orang tu sape pon. balaci kutip sampah ke..pencacai taik ke..benda betul,terima lah! yang kau kekwat sangat asal? baru nak mula setahu jangung dah kekwat. kalau dah berjaya nanti macam mana lah orang macam kau ni kan. mesti perasan diva. nak tunggu menteri tegur baru kau nak terima ke? pathetic lah awak!!

 

 

lagi satu, sape pulak la yang ajar korang bila URL or LINK yang takde HTTP:// or tak bertukar kaler biru tu adalah bukan link. kalau bukan link ape orang panggil? tali coli? tali sepender? taik lembu? haaa… boleh? be wise lah ok. dah la. mama malas nk tulis banyak2.. korang pon dah besar lembu dah. pandai pikir lah. ada otak guna. jangan letak kat lutut. orang BODOH je letak otak kat lutut.

 

 

TH : jangan jolok sarang tebuan lah kalau takmo kena sengat

KITA PRIHATIN! HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN

7:05 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

 

 

 

Puan Norma dan keluarga memerlukan bantuan untuk membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma yang menghidap penyakit kanser. Untuk kisah lanjut anda boleh ke blog Moon

 

 

Pada aku, di sini lah peranan blogger perlu dimainkan. Kita sama-sama lah hendak bersatu supaya menyebarkan berita ini supaya ada pihak-pihak yang berkenaan tahu dan amik tindakan untuk membantu Norma dan keluarga,

 

 

Peranan blogger sangat besar, dari hanya menulis cerita-cerita mengenai artis atau pon politik apa kata kita sama-sama sebarkan pasal berita ini untuk membantu Norma dan Keluarga.

 

 

Pada blogger yang mempunyai pengaruh di mana mempunyai followers beribu-ribu anda boleh gunakan kelebihan anda ini untuk membantu.Tapi pada aku setiap blogger tak kira lah banyak mana pon followers anda, perlu memainkan peranan masing-masing. Jadi, aku ingin mengajak ampa semua supaya dapat sebarkan bagi membantu meringankan beban Norma dan keluarga.

 

 

Blogger We Care

 

TH : entri disalin daripada GKSB

Ekslusif Bersama : @Marhfiz - Penggemar Kucing dan Penulis Belog

8:47 PM

 

 

SALAM SEJAHTERA.

 

 

try cari tuan belog yang TH tengah review ni mana

 

 

Slot ekslusif bersama kembali lagi. Kali ini dengan blogger yang TH kenal semasa event Sahabat Blogger yang lepas . mula mengenali blogger ini masa event tuh, TH tengok dia ni seorang yang senyap dan tak banyak cakap. maybe sebab baru jumpe kot. secara personal, TH bila dah kenal dengan blogger bernama Aneff Marhfiz ini, beliau adalah seorang yang hepi dan sangat peramah also senang dibuat kawan. ok I like!

 

 

Aneff Marhfiz

 

 

masih menuntut di UITM shah alam, dan berasal dari melaka, beliau mengabadikan minatnya sebagai seorang penggemar kucing, deliau turut menamakan blognya dengan nama kucings.blogspot.com . dan ternyata dia memang suke kusing gegile sebab header blog beliau pon di-design dengan rekabentuk kucing. meh tengok snapshot bawah ni.

 

 

image

 

 

Nampak kan? haaa tu la blog beliau. and sebab ape TH berminat nak terjah belog beliau, sebab TH minat cara penulisannya yang santai. and kalu korang nak tawu, entry pertama beliau untuk belog adalah pada disember 2010. that’s mean sudah hampir 7 bulan dia ber blog. dan entry pertama dia dalam bahasa omputeh.. takutnaye baca sebab TH ni mana pandai bahasa omputeh. ok lah.. kalau korang nak kenal lagi blogger ni, sila lawat belog beliau ok. dalam tu semua ada pasal diri dia dan blognya ok.

 

 

SILA TERJAH SINI!!

TH : sape next ye yang akan TH masukkan dalam slot ini seterusnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Contact Form

Name

Email *

Message *